Rabu, November 04, 2009

SELAMAT HARI LAHIR KENGKAWAN

Wowww...... bestnye

Nak makan berdebat dulu wehh
Sebahagian menu bulan ini
Ehhh... sedondonggg plak!!

Ewahhhh.... macam kembar

Susun kat pinggan elok2

Meleretttt senyum....uhuuu

Bergilir-gilir nyenduk
Membelek & menceduk

Nyumbat buah secucuk

Nak makan sempat bagi resepi dulu..

Ehhh..pasai apa mamat ni tercegat jer..

Potong kek 4 in 1 -Lazatnya kek coklat&strawberri ni

Rajinnya adik sorang ni!!Pak kal dah berpunya


Sapa Nak Hadiah Mailah Sini !!
Suhaidah hari jadi ke...100?@$#

Noreha - hari lahir ke...IIVX*%$#

Noraini - hari lahir ke XI&%$

Cik Haida -- har ahir ke IIXX))%&

Mereka suka terima hadiah hari lahir !!!!!

Jamuan Jumaat Akhir Bulan Oktober kali ini agak unik kerana Majlis Hari Lahir yang disambut pada kali ini mempunyai menu yang agak pelik iaitu Hari Vegetarian Sedunia; semua guru mulanya agak pening memikirkan apakah menu istimewa daripada sumber pertanian.

Namun begitu pada hari jamuan diadakan..masyaAllah...HEBAT ! Antara menunya ialah salad buah-buahan, rojak darat, ulam-ulaman, nasi putih, kerabu, kuih-muih, agar-agar, pisang segar, sayur campur, bubur, punch, air mata kucing, karamel,tahu sumbat, sambal goreng, kek dan macam-macam lagi lah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust Saiful dan diakhiri dengan sesi memotong kek hari jadi...
Tataplah gambar-gambar yang sempat dirakamkan dan lihatlah gelagat kengkawan ni.. Kalau xde gambar kat sini maap ajelah yek. Salam 1 Malaysia dari Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sk Medoi.

Sabtu, Oktober 10, 2009

PROGRAM ZIARAH & MARHABAN SEMPENA AIDILFITRI 2009



Sempena kedatangan Syawal tahun ini, guru-guru dan murid-murid SK LKTP Medoi telah menjalankan program Ziarah & Marhaban rumah-ke rumah di sekitar Felda Medoi bagi mengeratkan siratul rahim diantara penduduk dan warga sekolah.
Sebanyak empat kumpulan marhaban telah dibentuk dan dipimpin oleh beberapa orang guru bagi menjayakan program tersebut. Program tersebut telah dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada kira-kira jam 12.00 tengah hari.
Program tersebut dianggap berjaya kerana telah mendapat kerjasama dan sambutan menggalakkan daripada pihak ibu bapa/penjaga termasuk AJK PIBG SK LKTP Medoi.
Selain itu, guru-guru dan kakitangan sekolah juga telah menjayakan program ziarah rumah-ke rumah pada malam hari. Program ziarah ini disertai oleh ahli keluarga guru-guru dan kakitangan sekolah dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di antara mereka.
Menurut GPK1, Tn. Hj. Sulaiman Mod Kasmir, beliau berasa sungguh gembira dengan kejayaan program yang dijalankan dan berharap ianya dapat diteruskan pada masa akan datang.

Ahad, Ogos 09, 2009

KELAB BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN(BKGK)

SAMBUTAN HARI JADI DAN JAMUAN BULANAN (JUL & OGOS) MERIAH


Acara Memotong Kek Dua Tingkat - Kongsi ah!!

Pilih yang pelik-pelik.. Pening !!
Pasai mamam...bagi kat aku.. bereh

Nak makan ke nak posing je ?
Nak makan camner...anak nak NGEMPENG pulak!

Pada hari Sabtu, 8 Ogos 2009, bertempat di perpustakaan sekolah BKGK telah menganjurkan
majlis sambutan hari jadi 6 orang guru&kakitangan sekolah sekaligus ekoran kesibukkan tugas dan kesempitan waktu. Jamuan bulanan yang diadakan pada hari itu juga tampak lebih hebat dengan pelbagai menu masakan ahli-ahli kelab. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan diakhiri dengan penyampaian hadiah hari jadi.
Pengerusi kelab BKGK bersama 5 orang lagi ahli telah sama-sama memotong kek setinggi bangunan 2 tingkat yang mempunyai dua perisa - strawberi dan coklat. Selain itu juga, cenderahati ahli yang mendapat cahayamata juga disampaikan pada hari tersebut.
Tujuan sambutan yang diadakan setiap bulan adalah untuk memberi penghargaan kepada semua ahli di samping mengeratkan lagi tali siratulrahim yang sedia mantop.
Murid-murid juga dapat merasa keenakan jamuan resepi dari seluruh pelusuk negeri - Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang . Selamat Maju Jaya .

Khamis, Julai 23, 2009

Kru Majalah Kuntum Melawat SK LKTP Medoi













Khamis, 23 Julai 2009 yang lalu, Syarikat Penerbitan Star Publications Malaysia Berhad, peneraju utama majalah Kuntum telah menjalankan suatu aktiviti menarik bersama dengan Pusat Sumber SK LKTP Medoi. Program ini julung-julung kali diadakan di sekolah ini dan sememangnya dinanti-nantikan oleh warga sekolah. Program ini bermula pada jam 11.oo pagi dan berakhir kira-kira jam 1.00 tengah hari.

Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti sesi mengenali majalah Kuntum, kuiz, sesi bergambar dan acara penyampaian hadiah. Murid-murid juga telah mengambil kesempatan ini untuk mendekati maskot majalah Kuntum iaitu Si Comel. Suasana menjadi gamat apabila murid-murid menyedari kehadiran Si Comel. Bukan murid sahaja yang histeria dengan kehadiran Si Comel, cikgu juga turut merebut peluang untuk mengabadikan kenangan bersama Si Comel.
Pusat Sumber Sekolah dan Unit Ko-Kurikulum SK LKTP Medoi juga telah mengambil kesempatan ini untuk menjalankan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang bagi aktiviti Kempen Membaca dan Mencari Harta Karun.

Rabu, Julai 01, 2009

TERPAHAT DALAM SEJARAH...

Pasukan Memanah(Archery Club) SK LKTP Medoi sekali lagi mencipta sejarah apabila pasukan memanah bimbingan En. Zulkaply Mohamed telah berjaya mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan yang diadakah di negeri di bawah bayu, Sabah. Seramai 2 orang peserta perempuan bawah 12 tahun telah membantu negeri Johor untuk muncul juara keseluruhan Pertandingan Memanah Peringkat Kebangsaan 2009.
Pasukan yang dibentuk sejak lebih 5 tahun itu telah melahirkan ramai pemanah peringkat negeri dan kebangsaan. Inilah satu-satunya bidang sukan yang masih diungguli oleh SK LKTP Medoi. Semoga kejayaan demi kejayaan akan terus diraih di masa hadapan. Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan memanah yang telah mengharumkan nama sekolah, daerah Segamat dan Negeri Johor.
Pada 20-22 Julai ini, dua orang murid Tahun 6, Nur Syahirah Mohd Halim dan Nor Azira Nordin telah dipanggil mengikuti latihan pusat & pemilihan peserta peringkat kebangsaan yang diadakan di Kompleks Sukan Bukit Jalil. Warga sekolah sentiasa mendoakan kejayaan mereka dalam bidang sukan yang versetile.
SK LKTP MEDOI - SEKOLAH RINTIS SUBJEK KSSR PSV





















SK LKTP Medoi merupakan sekolah paling bertuah di Daerah Segamat kerana menjadi satu-satunya sekolah rintis subjek PSV dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Dua kali pemantauan telah dijalankan ke atas guru yang terbabit iaitu Cik Siti Suhaidah bt. Mat Ali, yang mengajar subjek tersebut di Tahun 1. Pemantauan kali pertama telah dilakukan oleh seorang nazir manakala pada pemantauan kali kedua seramai tiga orang nazir dengan diiringi oleh seorang pegawai PPD Segamat iaitu En. Azmi b. Sukiman. Guru Besar SK LKTP Medoi juga turut serta menemani para nazir menilai kesesuaian subjek tersebut untuk dilaksanakan di Tahun 1 pada Tahun 2010. Subjek PSV ini walaupun nampak mudah untuk dilaksanakan namun kemahiran yang perlu diterapkan agak tinggi. Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid ialah mewarna dengan warna air dan menggunakan gam (UHU) untuk membuat kraftangan. Tujuan subjek ini diajar di sekolah rendah adalah untuk menarik minat murid hadir ke sekolah dan menjadikan sekolah tempat yang menarik dan menyeronokkan. Tahniah Cikgu Siti Suhaidah kerana menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan KKSR rintis di sekolah ini.

Selasa, Jun 16, 2009

KAMI SEDIA BERKHIDMAT



N. NORLIS A.RAHMAN (DG34)
GURU BESAR
SK LKTP MEDOI
( 2006 )


TN HJ. SULAIMAN MOD KASMIR(DG32)
GPK1
SK LKTP MEDOI
(2005)


EN RAMLI BIN KADIR (DG32)
GPK HEM
SK LKTP MEDOI
(2007)



PN. KAMARIAH BT. A.KARIM(DG32)
GPK KOKURIKULUM
SK LKTP MEDOI
(2006)


PN. JAMIAH BT. SARIMIN (DGA32)
GURU MEDIA

**********************************

PN. SALMIAH BT. ARSHAD(DGA32)


GURU PEMULIHAN & BIMBINGAN
***********************************

PN. CHE AIDA BT ABDUL HALIM
GURU PRA SEKOLAH(DG41)

************************************

GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS


PN NORAINI REBOH(DGA32) PN ROHANA ELIAS(DGA32) PN SUHAIDAH ISMAIL(DG41)

************************************************
GURU-GURU BAHASA INGGERIS

<<<>>>

PN. MOKMAH SAMAH(DGA32) SITI SUHAIDAH MAT ALI

PN AISHAMAYUZI HISHAM(DG41)

************************************************

GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM

<<<>>>
PN. SAKINAH M.ZAKI(DGA29) TH. HJ. SAIFUL BAHAR(DG32)

*********************************************

GURU-GURU J-QAF
<<<>>>
PN. HAZMIZI MAT (DG41) PN. SITI NOR AZURAWATI ISMAIL(DG41)
****************************************************

GURU-GURU BAHASA MELAYU
<<<>>>

PN. RAHIMAH MD SOM(DGA32) PN. NATRAH JAAFAR(DG41)
<<<>>>

EN HASSAN YUNOS(DG41) EN. ZULKAPLY MOHAMAD(DGA32)
********************************************************

PN. SALWA BT. MASUT @ MASOD

GURU SAINS (DG41)
*******************************

PN. NOR HASHIMAH BT. ALUWI

GURU MATEMATIK(DG 41)

***********************************

PN. NOREHA BT. YUSSOF

Pembantu Tadbir (N17)

PN. ROHANI BT. SALAMON
PEMBANTU TADBIR (N17)

PN. NOOR AFIZAH JAMALUDIN

PA PEJABAT(N1)

CIK NOR HAIDAH BT. MAHDIN
PPM PENDIDIKAN KHAS(N17)

PN. NORDIAH BT SURIP

PPM PRA SEKOLAH (N17)

***************************

EN KHAMIS BIN OTHMAN (PAK KAMIS)

PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH