Jumaat, April 20, 2012

THE LOOK....THE FASHION... THE GURU

SALAM...Our School honoured to be a host to English Story Telling  Zone Level..
It's was held  19.04.2012.Wow !!! Wow !!... Don't Blink , Just Think....Cause there's a lion and A Great Gold King There...Anyway Guys ,Whenever You Have talent -Just Show Off , Whenever You Lost Balance - Just Ask To Your teacher ( GURU )
 They all have a great look  there...
( Mummy...we Simply need a fairy )...Come On Buddy , Take A Look..



 










Ahad, April 15, 2012

MINGGU SAINS 2012

Gerhana Bulan, Gerhana Matahari (Tahun 6)

     
Gerhana terdiri daripada dua jenis , iaitu gerhana Bulan, dan gerhana Matahari. Kedua-dua ini berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari betul-betul berada pada satu garisan yang lurus.  Yang membezakan antara kedua-dua jenis gerhana ini ialah, apakah yang berada di tengah-tengah? Apakah yang membentuk bayang-bayang gergasi? Apa pula yang terlindung?
Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini iaitu Sistem Suria kita.
Kita jelajah  satu demi satu.


Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus.
Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi – Bulan- Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus. Lihat rajah di atas.
Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang oleh objek yang amat besar. Gerhana Bulan dihalang daripada menerima cahaya Matahari kerana bayang-bayang Bumi.

Jangan terkeliru dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam tempoh 28 hari, di mana bulan berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh tersebut. Sedangkan gerhana Bulan hanya berlaku pada ketika bulan purnama (full moon) kira-kira 13-17 hb hijrah… Di mana perubahan bentuk Bulan hanya berlaku pada malam yang sama.


Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung oleh objek yang besar iaitu Bulan.

Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan sekitarnya menjadi gelap-gelita  seperti malam, dan berlaku pada masa yang singkat sahaja. Ini kerana saiz Bulan 4 kali lebih kecil daripada saiz Bumi.





Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat Matahari secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh merosakkan titik fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.

Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih kira-kira 3 keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti gambar di atas (bukan cermin mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!).
Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah fenomena gerhana cincin.

Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya bahagian Matahari. Oleh sebab itu, bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya Matahari seperti batu cincin yang berkilau.

Gerhana Matahari penuh.

Betapa indahnya suasana kejadian alam semula jadi ciptaan ALLAH.
Sebagai seorang Muslim, apa pula yang seharusnya kita lakukan apabila berlaku kejadian gerhana di tempat kita? Kita disunatkan mendirikan solat sunat gerhana. Hukumnya sunat muakkad.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w,

إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ

 ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksudnya,  “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
Solat sunat gerhana dilakukan sepanjang gerhana itu terjadi. Dilakukan dua rakaat, tetapi yang membezakan solat sunat ini dengan solat sunat yang lain iaitu dengan dilakukan dua qiam. dua ruku’ dalam satu rakaat. Bunyinya pelik?
Pada rakaat pertama, selepas berniat, macam biasa, baca surah fatihah, dan surah pilihan, kita ruku’. Selepas ruku’, biasanya kita i’tidal untuk kita bersujud selepas itu. Tetapi apabila kita i’tidal, kita baca surah fatihah dan surah pilihan kali kedua , masih pada rakaat pertama. Susunan secara ringkas seperti ini:
- Niat dan takbiratul ihram
Niat solat sunat gerhana Bulan:

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Niat solat gerhana Matahari:

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
-surah Al Fatihah
-surah pilihan
-ruku’
-i’tidal
-baca surah fatihah
-baca surah pilihan
-ruku’
-i’tidal
-sujud
-duduk antara dua sujud
-sujud kedua
-bangun untuk rakaat kedua
Rakaat kedua ulang seperti di atas (bermula al Fatihah pertama), juga dibuat dua kali fatihah/dua kali ruku’.
Jika dibuat di masjid, atau di surau, sunat diadakah khutbah, selepas solat sunat gerhana, walaupun gerhana telahpun habis.
Dalil disyariatkan Solat sunat gerhana:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.


Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان

من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة. 

Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”

Cg Dino : Kadang-kadang kita terlalu asyik melihat Bulan / Matahari hingga lupa kepada tuntutan solat sunat… cikgu Dino lah tuuuu!

Kita sambung minggu hadapan pula ya adik-adik.

Jumaat, April 13, 2012

LEARN A SENTENCE A DAY

There's no need to be so serious about English. Relax, dance around, and have some fun while learning. You'll find that you actually improve faster when you are having fun! "Share" this with other learners and let's all learn to enjoy learning English!
Come learn english together!!!

* Think in English buddy*  Tell a simple story and ask a simple question !
- example : Once upon a time there is a boy playing a
                    football. His name is Boboy.
- simple question : Is there a boy ? (Yes, there is a boy.)
                               : Is there a boy or a girl ? (Boy)
                               : What is his name ? (Boboy)
                               : Is Boboy a boy or girl? (Boy)
                               : Is Boboy playing a football ? (Yes,..)
                               : Is Boboy playing a basket ball? (No,..)
This is very simple and active english to practice in our school. Pupils will enjoyed learn english in a simple conversation. Telling stories and asking questions in a simple way.
*** Jom kita semarakkan Bahasa Inggeris di sekolah agar pencapaian UPSR kita ke tahap Gemilang- Lonjakkan Saujana.

1. First day sentence
 Now I can really speak English!  I'm so excited and I want to 
  speak more!!!

# heeee....heeeee. Boleh tak kawan-kawan baca dengan rasa teruja. Kalau boleh sila tinggalkan komen anda....Abang Dino

KISAH ABANG DINO BELAJAR BAHASA INGGERIS


Sewaktu abang Dino posting di SK Kg. Awat, di bawah seorang guru besar yang tak kurang hebatnya Abdul Aziz b. Ishak, known as Aziz Baung  (the late Aziz Ishak), beliau telah menganjurkan English Week. Bayangkan, seminggu kena speaking english (broken english + American english), setiap bulan dan sepanjang tahun pulak tu. Padahal selalu cakap Jawa dengan tukang kebun dan cakap telo Negeri Sembilan dengan Mohd Razali Talib (la ni kat PPD dah..)  GB kata hentam sajalah yang penting semuanya english...the secret is speak the dirty words first! Haaaa...haaaaaa.. merapulah abang Dino speaking english. Dia antara perkataan yang sering digunakan ialah :


1. Bull shit, slaughter, bloody fool,stupid, crazy (bila tengah marah)
2. Good morning,good afternoon,good bye (ini memang selalu diguna - bila xde ape
    nak cakap)
3. Open table,delicious,hot,black coffee,sugar,spoon,fork,pay (ini kat kantin lah)
4. Congratulations,well done,keep it up (ni bila berucap di perhimpunan mingguan)


Tetapi yang abg Dino nak tabik spring kat GB masa tu ialah...hasilnya 2 tahun berturut-turut SK Kg. Awat  mencapai 100%  dalam UPSR bagi subjek BI.  Tahniah jugak buat the late Azhar b. Idris yang bertungkus lumus membuat tusyen dengan dibantu oleh guru-guru subjek lain - English Readers merupakan satu program bacaan yang bagus dalam program mentor-mentee.


Okey lah...abg Dino ada kerja lain nak buat. Kita sambung citer lagi di lain masa....bye



http://muhtarsuhaili.files.wordpress.com/2007/05/open-your-heart.jpg

Khamis, April 12, 2012

Blog Sumber Maklumat Guru

 Mengapa Rasulullah Melarang Minum Sambil Berdiri






Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. Permasalahan berkaitan minum berdiri ini telah menyebabkan ulama

berbeza pendapat mengenai hukum minum berdiri itu.

Hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat oleh muslim iaitu: Terjemahan: dari anas ra, sesungguhnya
nabi Muhammad saw melarang minum berdiri. Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771.
Hadis ini menjelaskan larangan yang berbentuk tegahan minum secara berdiri. Namun ulama telah berselisih pendapat mengenai larangan minum berdiri ini. Ibn qym berpendapat hukum minum berdiri ini adalah haram dan hanya dibenarkan sekiranya terdapat halangan yang menghalangnya minum secara duduk.

Namun beberapa fuqaha seperti imam malik berpendapat laranagn ini telah dimansukhkan dengan hadis Ibn Abbas iaitu: Terjemahan: dari Ibn Abbas berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri ( riwayat muslim).

Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab minum air zam-zam berdiri, hadis ke 3776. Hadis ini menunjukkan rasulullah saw minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Imam malik telah memansukhkan hadis yang pertama tadi dengan hadis ini yang menunjukkan minum berdiri bukan haram.

Perkataan nabi melarang minum berdiri itu, menurut zahirnya larangan minum sambil berdiri itu. Tetapi hadis ibnu abbas menunjukkan bolehnya minum berdiri. Al-Mazuri berkata, orang-orang yang berselisih pendapat dalam masalah ini ialah jumhur yang berpendapat boleh minum berdiri dan pendapat yang lain berpendapat makruh.

Hadis dari anas ra merupakan hadis sunnah qauliyah manakala hadis dari Ibn Abbas merupakan hadis sunnah fi’liyyah. Apabila kedua-dua hadis ini bertembung, maka yang menjadi dasar hokum ialah hadis sunnah qauliyah, manakala hadis sunnah fi’liyyah berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadis sunnah qauliyah tersebut. Ini bererti tegahan pada hadis anas tadi bukan membawa maksud haram, tetapi makruh.

Imam Nawawi berkata yang sebenarnya, larangan yang di maksudkan itu adalah untuk kebersihan dan perbuatan nabi minum berdiri itu menjelaskan bolehnya minum berdiri dan tidak haram. Berdasarkan pada hadis yang menegah minum berdiri itu, dapat di lihat mengapa rasulullah saw menegah kita minum berdiri.


 
Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang (strain) dan pada masa yang sama sisitem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.
Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dlm satu masa yg menyebabkan manusia tidak mampu mendapat kerehatan anggota. Kerehatan otot adalah syarat yg terpenting ketika makan dan minum dan wujud ketika mana duduk.

Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dlm keadaan tenang dan sensation (rasa) akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman dan akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Namun demikian diharuskan berdiri ditempat yg tak sesuai duduk sprti tempat yg terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri,ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum air zam-zam berdiri.

Persoalannya di sini, mengapa rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri.

Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di
dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati.

Jadi inilah sebab rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut cepat dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan anbodi kepada orang yang meminumnya.

Disalin dan diubahsuai dari :
http://supervain.com/2009/10/19/minum-berdiriantara-hukum-kesan-dan-kaitan-isu-semasa/

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )



Faedah Menjadi Kakitangan Kerajaan!!!

Kemudahan Baru Dan Penambahbaikan Kemudahan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Sehingga Mac 2012

BIL.
NAMARUJUKANKADAR (RM)KUAT KUASA
1.
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2010
RM3,000.00
15 Oktober 2010
2.Cuti BersalinPekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2010300 hari bergaji penuh sepanjang tempoh perkhidmatannya(Minimum 60 hari dan maksimum 90 hari setiap kali bersalin)15 Oktober 2010
3.Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan IkhtisasPekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2007.Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan1 November 2002
4.Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Mereka Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Luar NegeriPekeliling Perkhidmatan Bil. 29 Tahun 2009.Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan30 Disember 2009
5.Cuti Tugas Khas PerubatanJPA(SARAAN)262/10-2 Jld. 3 (37) bertarikh 2 Julai 200914 hari setahun1 November 2002
6.Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi KerajaanJPA(SARAAN)(S)223/8/5-1(6) bertarikh 29 September 2010Kelas rumah yang disediakan ialah Kelas A29 September 2010
7.Kemudahan Alat Komunikasi Mudah AlihSurat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2010Kadar adalah mengikut gred/jawatan1 Ogos 2010
8.Pemanjangan Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berkhidmat Di Luar NegaraJPA(S)187/20 Klt.7(39) bertarikh 30 November 2010Kadar premium untuk insurans kesihatan akan ditentukan oleh syarikat penanggung insurans yang dilantik oleh Kerajaan berdasarkan tempat dan tempoh lawatan tersebut.30 November 2010
9.Pembekalan Baju Vest Bagi Penghantar NotisPekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2011RM140.00 sehelai sebanyak 2 helai bagi setiap tempoh 3 tahun perkhidmatan1 April 2011
10.Peruntukan Bekalan Pakaian SeragamPekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2011Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan1 Januari 2011
11.Pinjaman PerumahanPekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2011Kadar adalah mengikut gaji bulanan hakiki (RM)1 Januari 2011
12.Rawatan Di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB)JPA(SARAAN)(S)264/15/16-4 Jld.8(60) bertarikh 21 April 2010Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan1 November 2009
13.Sijil Sakit Yang Dikeluarkan Oleh Hospital/ Klinik Di SingapuraJPA(S)223/8/3 Klt. 15 (9) bertarikh 21 Oktober 2010Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan21 Oktober 2010

Elaun Baru Dan Penambahbaikan Elaun Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Sehingga Mac 2012
BIL.
NAMA
RUJUKAN
KADAR (RM)
KUAT KUASA
1.
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2011
Tuntutan maksimum adalah sebanyak RM90.00 sebulan
1 Julai 2011
2.
Bayaran Insentif Kesihatan Awam Pegawai Pergigian/ Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan DaerahPekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2011Kadar adalah mengikut gred
1 Julai 2011
3.
Bayaran Insentif Mengajar Kanak-Kanak CacatJPA.SARAAN(S)63/180 Jld.3(50) bertarikh 11 Januari 2011RM250.00 sebulan
1 November 2010
4.
Bayaran Insentif PakarPekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2011Kadar adalah mengikut gred
1 Julai 2011
5.
Bayaran Insentif Program Pemulihan Pemasyarakatan (BIPPP)JPA.SARAAN(S) 63/159/4-6 (24) bertarikh 29 Jun 2011Kadar adalah mengikut jawatan
24 Mac 2011
6.
Bayaran Insentif Kesihatan Awam Pegawai Pergigian/ Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan DaerahPekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2011Kadar adalah mengikut gred
1 Julai 2011
7.
Bayaran Insentif KhasJPA(S)215/8/1 Klt.4/(41) bertarikh 21 Oktober 199650% daripada kadar Imbuhan Tetap Jawatan Utama/ Gred Khas
1 Januari 1996
8.
Bayaran Insentif Klinik Selepas Waktu PejabatJPA(S)(BGE)63/111/1 Klt.6 (15) bertarikh 14 April 2008RM80.00 sejam
1 Februari 2008
9.
Bayaran Insentif Pentadbiran HospitalPekeliling Perkhidmatan Bil. 19 Tahun 2009Kadar adalah mengikut gred
1 Ogos 2009
10.
Bayaran Insentif Perudara Kementerian KesihatanJPA(SARAAN)262/10-2 (44) bertarikh 20 November 2008Kadar adalah tertakluk di dalam Pekeliling Perkhidmatan
1 September 2008
11.
Bayaran Insentif Pos BasikJPA(S)(BGE)63/111/1Klt.5(13) bertarikh 27 September 2007RM100.00 sebulan kepada semua anggota paramedik tanpa mengira gred
1 Oktober 2007
12.
Elaun Bahasa AsingPekeliling Perkhidmatan Bil. 22 Tahun 2009Kadar adalah tertakluk di dalam Pekeliling Perkhidmatan
1 November 2009
13.
Elaun BasikalSurat Pekeliling Perbendaharaan Bil.8 Tahun 2010RM90.00 sebulan atau 20 sen setiap kilometer mengikut yang mana lebih tinggi. – penetapan kadar adalah berbeza mengikut bilangan hari menggunakan basikal.
1 Mei 2009
14.
Elaun MotosikalSurat Pekeliling Perbendaharaan Bil.8 Tahun 2010RM120.00 sebulan atau kadar perjalanan kenderaan mengikut yang mana lebih tinggi
1 Mei 2009
15.
Pemanjangan Pemberian Pindahan Dan Elaun/ Bayaran Kepada Waris Pegawai Yang Meninggal Dunia Dalam PerkhidmatanJPA(S)223/8/2-2 Klt.3(47) bertarikh 30 September 2010Kadar adalah tertakluk di dalam Pekeliling Perkhidmatan30 September 2010




Rabu, April 11, 2012

No Luck - No Win - Never Surrender





Sadness & disappointed. We lost our chance to grabb a victory!!!!     
      We well prepared to be a champion!   But they do better. 
We play hard to score goals. But they play harder to win the match...  What should we do next time ? Please  tell me buddy!!!

Selasa, April 10, 2012

THEY LEADS WE LURKS...

SALAM....Fuhhhh!!! ..SPEECHLESS...WORDLESS...SADNESS...( ON  MSSK TOURNAMENT IN SK TENANG STESEN 10.04.2012 ) ..OUR TEAM  NOT IN THEIR FIERY FORM..
THERE'S NO BOUNCY PRIDE AND JOY FOR US...WHILE THEY LEADS  WE  LURKS....
DO I HAVE TO SAY THE WORDS ???
FOR MORE ACTIONS...CATCH US IN FACEBOOK ADRESSES BELOW..
JUST  SURF IN BUDDY...