Sabtu, April 20, 2013

Pertandingan Sepak Takraw L12 Peringkat MSSK Selatan

Assalamualaikum w.b.t..

Pada 15 April 2013, SK LKTP Medoi menjadi pengelola Pertandingan Sepak Takraw L12 Peringkat MSSK Selatan. Alhamdullillah pertandingan berjalan dengan lancar dan SK LKTP Medoi telah berjaya mendapat Johan bagi Kumpulan B dan Naib Johan Kumpulan A.



Serumpun doa, semoga cepat sembuh...

Assalamualaikum w.b.t...

       Warga SK LKTP Medoi mengharapkan Cikgu Ramli bin Kadir, Guru Penolong Kanan HEM agar berada dalam keadaan baik dan selamat.Kami juga berharap keluarga Cikgu Ramli dapat bersabar dalam ujian dan ketentuan dari Allah S.W.T ini .Bagi pihak seluruh warga SK LKTP Medoi,kami mendoakan semoga Cikgu Ramli dilimpahkan kesihatan dan kekuatan yang jitu dari Allah S.W.T. amin..    



Selasa, April 02, 2013

Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung...

  Majlis Jamuan Perpisahan Cik Norwahidah binti Mohd Kassim berlangsung dengan meriahnya pada 22 Mac 2013 di Dewan Terbuka SK LKTP Medoi.Majlis ini adalah anjuran Kelab Guru sekolah, bagi meraikan Cik Norwahidah yang telah tamat berkhidmat sebagai guru ganti sementara di sekolah ini. Sesungguhnya segala budi dan jasa yang ditabur di sekolah ini akan kami kenang sampai akhir hayat. Kami seluruh warga SK LKTP Medoi mendoakan agar Cik Norwahidah  sentiasa sukses dan maju jaya di mana jua bertugas selepas ini.