Isnin, Februari 27, 2012

MURID MEDOI HEBAT....SASAR EMAS MSSM

SALAM... Awal kalam..Blogger ingin menyusun 10 jari memohon maaf kepada peminat blog kerana :
- Gambar-gambar MAJLIS MAULID FELDA TIDAK DAPAT DISIAR ...
  kerana masalah teknikal dan taktikal...
MAAF.......AF WA NI......NGA PUR RO.......SORRY..
Apapun kita layan gambar di bawah..
MEREKA  ADALAH  KEBANGGAAN SEKOLAH..
HARAPAN  DAERAH SEGAMAT ... JUGA SANDARAN EMAS SKUAD JOHOR KE MSSM..
SEPERTIMANA  SYAQIERA BT MASYAIKH  BERJAYA MEMBUAT BIDIKAN  TAHUN 2011....
HEBAT KAN......MEDOI BOLEH...MEDOI HEBAT !!!
Tengoklah Jurulatihnya..JUGA ORANG YANG HEBAT.... 
( SEMAK PERMATA BARU UTK GAMBAR 2 GURU HEBAT )






Khamis, Februari 23, 2012

MARI KITA BERSAMA-SAMA BERPESAN-PESAN SESAMA KITA

Dari Zaid bin Arqam ra, katanya: Bahawa Rasulullah saw bersabda: "Kitab Allah Azza wa Jalla ialah tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah), sesiapa yang menurutnya: beradalah ia dalam hidayat petunjuk yang sebenar-benarnya, dan (sebaliknya) sesiapa yang meninggalkannya: beradalah ia dalam kesesatan.: (Muslim)
4. Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw." (Imam Malik)
5. Dari Al-'Irbaadh bin Sariyah ra, katanya Rasulullah telah menasihati dan mengingati kami, pada suatu hari lepas sembahyang Subuh dengan satu nasihat dan peringatan yang sangat-sangat mendalam dan berkesan, yang menjadikan (pendengar-pendengarnya) menitiskan air mata dan menjadikan hati (mereka) gerun gementar. Lalu berkatalah salah seorang lelaki (di antara kami) "Sesungguhnya nasihat ini nasihat orang yang memberi selamat tinggal, maka apakah pesanan yang tuan hendak pesankan kepada kami ya Rasulullah?" baginda menjawab: "Aku berpesan kepada kamu dengan takwa kepada Allah, dan mendengar serta taat kepada (pemerintah kamu) sekalipun dia seorang hamba bangsa Habsyi, kerana sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup (selepas ku) akan melihat perselisihan yang banyak, dan (dengan yang demikian) berjaga-jagalah kamu, jauhkanlah diri dari perkara-perkara yang baharu (yang diada-adakan dalam agama), kerana sesungguhnya perkara-perkara itu adalah sesat; oleh itu sesiapa di antara kamu yang berada di zaman berlakunya yang demikian, maka hendaklah ia menurut jalanku dan jalan khalifah-khalifah (ku) yang mendapat pimpinan lagi beroleh hidayat petunjuk; berpegang teguhlah kamu kepadanya dengan seteguh-teguhnya." (Tirmizi)
6. Dari Abdullah bin 'Amr, ra katanya: Rasulullah saw bersabda: "Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga ada di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah kepada tujuh puluh dua puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga puak, semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja". Sahabat-sahabat bertanya: "Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah?" baginda menjawab: "Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku." (Tirmizi)
.. sambungan dari 6. Menurut hadis Abu Daud, ada tambahan, iaitu : "Dan sesungguhnya akan timbul dalam kalangan umatku beberapa puak yang dijalari oleh bahaya penyakit suka mengada-adakan bid'ah sebagaimana menjalarnya bahaya penyakit anjing gila kepada mangsanya - tidak ada satu sendi tubuhnya melainkan penyakit itu meresap masuk menjalarinya." (Abu Daud)
Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesungguhnya agama yang diredhai Allah ialah Islam ... (AliImran:19) [Agama ialah undang-undang dan cara hidup yang ditetapkan oleh Allah swt untuk manusia mendapat - dengan sebabnya - nikmat yang sebenar dan kebahagiaan yang kekal]
Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesiapa yang menurut jalan yang lain dari apa yang disyariatkan Allah sebagai agamanya, maka tidak sekali-kali akan diterima daripadanya .... (AliImran:85)


7. Dari Abu Hurairah, ra bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sekalian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?" baginda menjawab: "Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga, dan sesiapa yang durhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan." (Bukhari)
8. Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw sabdanya: "Sesiapa yang taat kepada ku maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah, dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah, dan (selain itu) sesiapa yang taat kepada ketua - pemerintah maka sesungguhnya ia telah taat kepada ku, dan sesiapa yang derhaka kepada ketua - pemerintah maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada ku ..." (Muslim) [taat yang membawa keredhaan Allah - rujuk Mastika Hadis]
9. Dari Abu Hurairah ra katanya: Rasulullah saw bersabda: "Segala amal akan datang pada hari qiamat (untuk memberi syafaat kepada yang mengerjakannya), - diantaranya sembahyang datang lalu berkata: "Ya Tuhanku! akulah sembahyang "; Allah Taala berfirman (kepadanya): "Tujuan engkau itu baik, (tetapi engkau sahaja belum cukup)"; dan (selepas itu) datang pula sedekah, puasa, dan amal-amal yang lain, semuanya itu Allah berfirman (kepada tiap-tiap satunya): "Tujuan engkau itu baik, tetapi engkau sahaja belum cukup)"; kemudian datang pula Islam lalu berkata: "Ya Tuhanku! Engkaulah Tuhan yang bernama : Al Salam, dan akulah: "Islam"; maka Allah Taala berfirman (kepadanya): "Tujuan engkau itu baik, pada hari ini dengan engkaulah Aku menerima dan dengan engkaulah juga Aku memberi balasan". (Imam Ahmad)
Firman Allah Taala, maksudnya: "... dan Aku telah redhakan Islam menjadi agama untuk kamu ..."(AlMaidah:3)
10. dari Abi Sa'id AlKhudri, ra, bahawa ia telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Apabila seseorang itu memeluk agama Islam, lalu ia mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), Allah akan mengampunkan tiap-tiap kejahatan yang telah dilakukannya dahulu (sebelum Islam), dan sesudah itu dijalankanlah balasan (bagi segala amalnya) - tiap-tiap satu kebaikan (akan dibalas) dengan sepuluh kali gandanya hingga kepada tujuh ratus kali ganda, dan tiap-tiap satu kejahatan (akan dibalas) dengan satu kejahatan yang menyamainya, kecuali jika Allah mengampunkannya."(Bukhari)
11. dari Abu Hurairah ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebaikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda, dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya  akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya."(Bukhari)

Sabtu, Februari 18, 2012

KEM MOTIVASI UPSR,PMR DAN SPM 2012

TEMPAT  : SK LKTP MEDOI   TARIKH : 17-18 .02.2012   ( JUMAAT -SABTU )
ANJURAN  : PEJABAT FELDA MEDOI + SK LKTP MEDOI
FASILITATOR : AL-FALAH CONSULTANCY
 ( EN SALLEHIN B MD YASSIN + EN MURAD B MD YASSIN & THE GANG ) + GURU-GURU
PERASMI : EN ANUAR B MANAP - PENGERUSI MAJLIS BELIA FELDA KEBANGSAAN
AJK PELAKSANA : PIBG + IBU BAPA

Aktiviti : BEST SANGAT...MENARIK...MOGA PESERTA BERMOTIVASI...
Ustaz Jemputan  : UST ABD RAHIM B KASDI  ( Tak puas hati le ust...masa terhad..nak panggil lagi...)

   PESAN AL-SAHRAWARDI KEPADA ANAKNYA.......
         1-Wahai anakku,tiadalah akal bagi orang yang memungkiri janji
        2-Tiadalah maruah bagi orang yang tidak jujur
        3-Tiadalah Ilmu bagi orang yang tidak berminat
        4-Tiadalah taubat bagi orang yang tidak mendapat taufik daripada Allah
        5-Tiadalah kekayaan yang lebih besar nilainya daripada Ilmu
        6-Tiadalah harta yang lebih bernilai daripada sikap lemah lembut
        7-Tiadalah kedudukan yang lebih tinggi daripada adab sopan
        8-Tiadalah teman yang lebih cekap daripada akal
        9-Tiadalah bukti yang lebih terang daripada mati...

Oleh itu mari kita renungkan kata-kata di atas...sambil kita layan gambar aktiviti dibawah.. Kami tidak uploadkan semua gambar aktiviti yang di adakan...Oleh itu kami mohon ampun dan maaf di atas keterbatasan ruang ini....JANGAN MARAH...











 

Khamis, Februari 16, 2012

WORKOUT AND FITNESS

Did you know.. teacher like us not only teach their student how to be fit and healthy..
We also working out in the Gym....Belive it or Not?? BELIVE your eyes..
Lets find out in SEGAMAT FITNESS CENTRE IN BANDAR UTAMA...Hey dude..it's a new face on the blog,but very very familiar to us...guess who??...
COME ON GUYS ,LETS WORKOUT...











 


Sabtu, Februari 11, 2012

MAULID SEKOLAH 1433H /2012 MASIHI

DENGAN NAMA ALLAH AZZA WA JALLA YANG MAHA PEMURAH
LAGI MAHA PENGASIH...

"Rabiul Awal Menjelang Lagi
 Terkenang Kita Rasul Junjungan
Nabi Muhammad
Pembawa Rahmat Pembawa Berkat
Sollu Alaikh  Sollu Alaikh
Tarikh  : 11.02.2012   Masa  : 7.20a.m - 1.15 t/hari   Tempat : Dewan Sekolah SK LKTP Medoi
Penceramah : Ust Rosli B Ismail  (ada kelasss  ust...) 
Terima Kasih yang tak terhingga kepada :
  1- En Kalam B Hj Idris -YDP PIBG    2-Tn Pengurus -Hj Yassin B Sardi    3-Hj Esa B Idrus -Ketua Kg
  4-En Muhamad B Bakri - Imam Masjid      5-En Ponande B Hj Bakin -Setiausaha Masjid
  6- Semua Ibu Bapa yang Menjayakan Program Maulid ini...
Masakan : En Mustapha B Puteh ,Abg Zaini ,Abg Ramzan dan Rakan-rakan..(d Best ..)
SEMOGA SUMBANGAN DAN KOMITMEN TUAN/PUAN MENDAPAT BALASAN PAHALA IKHLAS DI SISI ALLAH....








Selasa, Februari 07, 2012

NAK CERITA....1433 HIJRAH

MAJLIS   : MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH SEGAMAT
TARIKH   ; 12 Rabiul Awal 1433Hijrah / 2012
TEMPAT  : MASJID BANDAR SEGAMAT
Perarakan dan berselawat : Fuhhhh....Letih Nak Cerita.Berpeluh le juga Blogger Hari tu...
 ( mai le kita berselawat  hari ni... )
Hadith Nabi s.a.w ( Riwayat An Nasai dan Ibnu Hibban )
 " Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku "
Beginilah Kronologinya ....1-DATARAN    2- PPD    3-REJINAH    4- BALAI POLIS
 5-BALAI BOMBA    6-MAJLIS DAERAH    7-KLINIK MAHKOTA  8-PEJABAT AGAMA
 9- Barisan masuk ke dalam perkarangan Masjid
Blogger sengaja menerbitkan catatan ini kerana rasanya antara kita ada yang tak pernah masuk perbarisan...lebih-lebih lagi Perbarisan Maulid....O.K lah
Mungkin ada antara gambar dibawah adalah SAUDARA MARA , sahabat handai dan rakan taulan kita..jadi,KITA AMATI..