Ahad, Ogos 09, 2009

KELAB BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN(BKGK)

SAMBUTAN HARI JADI DAN JAMUAN BULANAN (JUL & OGOS) MERIAH


Acara Memotong Kek Dua Tingkat - Kongsi ah!!

Pilih yang pelik-pelik.. Pening !!
Pasai mamam...bagi kat aku.. bereh

Nak makan ke nak posing je ?
Nak makan camner...anak nak NGEMPENG pulak!

Pada hari Sabtu, 8 Ogos 2009, bertempat di perpustakaan sekolah BKGK telah menganjurkan
majlis sambutan hari jadi 6 orang guru&kakitangan sekolah sekaligus ekoran kesibukkan tugas dan kesempitan waktu. Jamuan bulanan yang diadakan pada hari itu juga tampak lebih hebat dengan pelbagai menu masakan ahli-ahli kelab. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan diakhiri dengan penyampaian hadiah hari jadi.
Pengerusi kelab BKGK bersama 5 orang lagi ahli telah sama-sama memotong kek setinggi bangunan 2 tingkat yang mempunyai dua perisa - strawberi dan coklat. Selain itu juga, cenderahati ahli yang mendapat cahayamata juga disampaikan pada hari tersebut.
Tujuan sambutan yang diadakan setiap bulan adalah untuk memberi penghargaan kepada semua ahli di samping mengeratkan lagi tali siratulrahim yang sedia mantop.
Murid-murid juga dapat merasa keenakan jamuan resepi dari seluruh pelusuk negeri - Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang . Selamat Maju Jaya .