Assalamualaikum..w.b.t..
HARI : RABU
TARIKH : 18 SEPT 2013
SASARAN: Murid Dan Semua Warga
Sekolah
CERAMAH DAN DEMONSTRASI KEBAKARAN
OLEH :
Pegawai daripada Jabatan Bomba dan
Penyelamat
Bandar Putra, Segamat.
TENTATIF :
- loceng kecemasan dibunyikan
- pihak bomba memberikan penerangan tentang kebakaran
dan tunjuk cara memadam api
- guru dan murid juga diberi peluang memadamkan
api menggunakan alat pemadam api
1.PENDAHULUAN
Kebakaran
merupakan satu tragedi yang harus dielakkan dengan mengambil langkah-langkah
keselamatan yang disyorkan oleh pihak Bomba. Kebakaran boleh menyebabkan
kehilangan harta benda dan nyawa .Oleh yang demikian warga sekolah perlu
bersiap sedia untuk menghadapi situasi kebakaran.
2.OBJEKTIF LATIHAN
1. Untuk mempertingkatkan
kefahaman dan kemahiran setiap individu yang merupakan warga sekolah kebangsaan
telok jamat mengenai bahaya kebakaran dan cara-cara
bertindak dengan cepat, tepat dan betul semasa kebakaran dari
peringkat permulaan hingga keadaan diistihar selamat.
2. Mengenal pasti kelemahan –kelemahan yang ada dan
mengambil langkah- langkah penambahbaikan bagi mempertingkatkan
keselamatan fasiliti-fasiliti yang sedia ada,prosedur dan keyakinan
individu serta organisasi semasa latihan.
3. memberi pendedahan mengenai
Kebakaran dan cara-cara penggunakan peralatan pemadam api
4. Mewujudkan semangat kerjasama diantara pihak Bomba dan
pihak sekolah