Ahad, Mac 28, 2010

LDP - SINOPSIS BUKU ILMIAH & HEADCOUNT

Tn Hj Sulaiman memaparkan data UPPM1 - sedey!
Pembentangan analisa pencapaian murid berjalan lancar

Ustazah Rohudah memberikan ulasannya.. kita mesti..!*&@
En. Nordin menyampaikan judul buku yang agak berat... undang2

Mendagu...faham ker nieee??

Tengoklah tuuu!!!!

Eheee...gambo aku ada daaa....

Pada 27 Mac 2010(Sabtu) yang lalu, Unit Latihan Dalam Perkhidmatan SK LKTP Medoi telah menganjurkan satu program iaitu pembentangan sinopsis buku oleh guru-guru sebagaimana kehendak Pengarah Pelajaran Johor. Sebanyak 2 buah buku sempat dibentangkan oleh dua orang guru iaitu buku bertajuk Undang-undang Untuk Pengetua dan Guru Besar telah dibentangkan oleh En. Nordin Sanat dan buku berjudul Membimbing Diri Sendiri oleh Pn. Rohudah bt Wan Omar.

Program ini telah dihadiri oleh 23 orang guru termasuk para pentadbir sekolah. Selain program LDP, pembentangan analisis UPPM1 juga telah dijalankan di mana GPK1, Tn. Hj. Sulaiman b. Mod Kasmir telah memberi ruang untuk semua guru panatia memberi komen terhadap analisa murid bagi setiap subjek. Pn. Norlis A.Rahman, guru besar juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan beberapa maklumat penting kepada semua yang hadir. Program berakhir pada jam 12.45 tgh hari.

Selasa, Mac 16, 2010

Bola Sepak Mssk Zon Selatan


Para Jurulatih memikirkan strategi untuk menang

Macho Men..Saiful Jurufoto
Jurulatih pasukan SK Bandar Putra..Hafiz
Ya..dato, boleh sponsor stadium bola tak?

Bola tu bulat tau....kejor yup kejor!!
Gelecek Maradona de Medoi ..dahsyat

Nak tau inilah dia pekerja padang dan juga cikgu sekolah..
ntah apa mandor tu komplin!
SK LKTP Medoi, telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola sepak L12 Zon Selatan buat kali kedua berturut-turut. Pada 25.2.2010(Khamis) bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.45 tgh hari pertandingan telah dijalankan dengan lancar di mana format permainan 7 sebelah dengan masa permainan 7:2:7 mendapat sambutan daripada 5 buah sekolah di zon ini. Sekolah-sekolah tersebut ialah SK LKTP Medoi, SK Kg Jawa, SK Bandar Putra, SK Segamat Baru dan SK Tenang Stesen.
Dengan kerjasama Juruteknik Bola sepak Zon Selatan, Para Pengadil Bola sepak, AJK PIBG SK LKTP Medoi, guru-guru SK LKTP Medoi dan ahli kelab bola sepak SK LKTP Medoi, pertandingan berjalan dengan meriah dan penuh semangat kesukanan.
Pada kejohahan ini, SK Bandar Putra telah menjuarai pertandingan dengan memenangi kesemua perlawanan manakala SK LKTP Medoi telah mendapat tempat Naib Johan dengan kemenangan sepakan penalti.
Guru Besar SK LKTP Medoi telah menyampaikan hadiah dan sijil kepada semua peserta pertandingan dan beliau turut gembira kerana aktiviti yang dirancang telah dapat dijalankan dengan jayanya. Tahniah kepada semua yang terlibat. Majulah bola untuk negara.