Khamis, Februari 18, 2010

Sukan Sekolah Tahun 2010 - Sederhana Tetapi Meriah

Rumah Kuning Bersemangat Waja
Perbarisan Rmah Sukan

Guru Rumah Sukan Bersaing!!!


Sukaneka - Selipar Gergasi



Pada 3hb Februari yang lalu, bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari, SK LKTP Medoi telah berjaya menganjurkan satu kejohanan sukan tahunan yang melibatkan acara padang dan balapan. Walaupun kawasan padang sekolah telah bertambah kecil disebabkan pembinaan blok bangunan 3 tingkat yang baru, sukan telah dapat diadakan dengan jayanya hasil kerjasama guru-guru dan AJK PIBG.
Setiausaha Sukan SK LKTP Medoi, En. Zulkaply Mohamed telah berjaya menyiapkan garisan padang sekolah seminggu lebih awal. Walau bagaimanapun, sukan yang sepatutnya diadakan lebih awal terpaksa ditangguhkan disebabkan kemangkatan Sultan Johor.

Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik,perbarisan masuk padang, senaman pocho2, ucapan perasmian dan penyampaian hadiah bagi acara yang telah berakhir lebih awal. Dua buah balai dan 4 buah khemah sumbangan PIBG dan individu telah memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut.
Antara acara yang dijalankan ialah sukantara bagi acara melontar peluru, lompat jauh, lompat tinggi dan acara lari rata 50 meter. Bagi acara akhir hari sukan, acara lari rata 50m,4X50m berganti dan sukaneka telah diadakan. Acara terbuka ibu bapa dan pegawai telah menggamatkan lagi suasana kejohanan sukan pada hari tersebut.








Sekalung tahniah kepada warga SK LKTP Medoi yang telah berjaya menganjurkan sukan dengan baik walaupun mengalami waktu sukar ambang 2010. Majulah Sukan Untuk Rakyat 1M.

Lawatan Ke Pantai Timur

Bergambar di Pintu Gerbang Masjid Cina,Rantau Panjang
Antara tempat menarik dilawati
Gambar Ramai-ramai

Makan Tengah Hari - Tetamu Jemputan dari Segamat !!

Sekeluarga Berposing

Dewan UMNO Kota Bahru,Kelantan

Jauh jalan Cg. Zul

Indahnya Pemandangan Masjid

Merakam Kenangan di Negeri Orang

Pada penghujung bulan Januari yang lalu, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan(BKGK) SK LKTP Medoi bersama dengan JK PIBG SK LKTP Medoi telah menjayakan satu lawatan ke Negeri Terengganu dan Kelantan bagi tujuan menghargai kerjasama yang telah diberikan oleh guru-guru dan JK PIBG untuk memajukan sekolah dalam semua aspek khasnya dari sudut akademik.
Rombongan yang terdiri daripada 88 orang warga sekolah (ahli keluarga) telah menuju ke pantai timur dengan 2 buah bas bersponsor penuh telah diuruskan dengan baik oleh ketua rombongan Tn. Hj Sulaiman Mod Kasmir,GPK 1 SK LKTP Medoi. Beliau juga telah berjaya menguruskan makan tengah hari percuma bersama kerajaan Negeri Terengganu dan UMNO Negeri Kelantan.

Rombongan ini telah dibawa membeli-belah di Rantau Panjang, Wakaf Cik Yeh, Pasar Khadijah, Pasar Payang dan lain-lain lagi. Selain itu, peserta rombongan juga dapat menikmati keenakan keropok lekor di kawasan industri Losong di samping sempat juga melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Terengganu. Antaranya ialah kawasan Pelancongan Tamadun Islam, Masjid Kristal, Muzium dan juga tempat peranginan. Para peserta telah diberi penginapan percuma di sebuah chalet bersebelahan pantai. Selain dapat bermain air, mereka juga dapat menghirup udara segar yang nyaman dari bayu laut.

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya merealisasikan program lawatan tersebut. Semoga pada penghujung tahun 2010 ini, BKGK akan dapat melawat ke Pulau Langkawi pula.