Ahad, Julai 31, 2011

PUTIH ITU MENAWAN...? ATAU HITAM ITU ADA KELASSSS....

Semua orang mendambakan kulit yang putih...hitam dilupakan...atau ...ramai yang suka hitam ??
Saksikan demam putih  warga medoi....
                  ATAU YANG ORIGINAL SEPERTI DIBAWAH.......APA KATA MEREKA...????

Sabtu, Julai 30, 2011

AKTIVITI Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK )

Objektif    : -Mengeratkan sillaturrahim sesama staf              - Berbincang secara santai
      -Meraikan harijadi guru dan staf ( mengikut terma dan syarat )    -Mencuba resepi baru (jadi chef lee )
-Tarikh  : 29.07.2011       -Harijadi guru /staf kali ini  : 9 orang    
SEDAP Lee  KEK SPECIAL TU CIKGU NORDIN.... sila klik video utk melihat gambar lebih banyak....   


Ahad, Julai 24, 2011

KEM KEMANISAN IMAN - SELAMAT DATANG RAMADHAN YANG DIRINDU.....

PPI PPD SEGAMAT TELAH MENGORAK LANGKAH MENGADAKAN PROGRAM TERSEBUT PADA TARIKH DAN KETETAPAN BERIKUT ;
TEMPAT  : S.K SEGAMAT KECIL ( orang asli )          TARIKH      : 22 - 24.07.2011                        
PERINGKAT  : DAERAH SEGAMAT       PENYERTAAN : SEMUA S.K DAN S.J.K   
PESERTA KEM  :1-MUHAMMAD AMIRUN ARIF B SUZAIMI  2-RAHIMAH BT AHMAD
semoga murid medoi bertambah ilmu iman dan amal serta mendapat kemanisan iman....insha Allah          

1 -Alif laam miim. (AlBaqarah:1)
2- Kitab (AlQuran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (AlBaqarah:2)
3-(iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka. (AlBaqarah:3)
4-dan mereka beriman kepada Kitab (AlQuran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-Kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. (AlBaqarah:4)
5- Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung. (AlBaqarah:5)

Saksikan kehebatan imam sheikh jibreel dalam menyampaikan alunan ayat-ayat al-quran dengan penuh khusyuk dan bersahaja....semoga kita akan terdorong dengan al-quran oleh kerana bacaannya yang hebat.....AMIN

Al-Quran adalah  mukjizat...
Al-Quran adalah kalam Allah...
Al-Quran adalah teman muslimin....
Al-Quran adalah penawar jiwa...
  



Sabtu, Julai 23, 2011

HADITH RASULULLAH S.A.W

 Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu mereka memohon dengan berkata: 'Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuhan kami! Berilah rahmat kepadanya'."   (Bukhari dan Muslim)

Dari Aisyah ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan MalaikatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang masuk menutup celah-celah saf sembahyang serta orang yang merapatkannya; dan orang yang masuk menutup celah saf sembahyang itu (akan beroleh satu tambahan lagi, iaitu) diangkatkan Allah martabatnya dengan perbuatannya yang tersebut: satu darjat."  (Imam Ahmad dan Ibn Majah)

Rabu, Julai 20, 2011

Ahad, Julai 17, 2011

MEDOI MENANG LAGI.....



MEDOI  BOLEH....MEDOI BOLEH...MEDOI HEBAT....
TEMPAT : STAR  ( SUKAN TAHUNAN )
ACARA   : 4X 200 M (JEMPUTAN  P)
MASA     : SABTU PAGI.....

DAN SELEPAS ITU BLOGGER DAN MURID MENJAMU SELERA DURIAN FREE KAT DATARAN SEGAMAT (PESTA DURIAN )...tengok tuuuu...berposing sakan dengan durian pinjam..

SENYUM DALAM TANGISAN...

Maka...berakhirlah era pemerintahan PN NORLIS BT A.RAHMAN DI MEDOI..( 2006 -JULAI 2011)
SAYONARA ...ADIOS...MAAS SALAMAH..KETEMU MENEH...
SELAMAT JALAN...GOOD LUCK

Khamis, Julai 14, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM PERPISAHAN - EDISI 01 (yg belum masuk gambo jgn marah...pasti ada muka anda yg glamer punya nanti.... )

   

 Minggu ini jangan tanya lebih-lebih kepada warga Medoi kerana mereka meratapi perpisahan........
PN GURU BESAR - PN NORLIS BT A.RAHMAN moga beliau ceria ,gembira , dan seronok bekerja di tempat baru......



MAJLIS MAKAN MALAM  PERPISAHAN (Farewell Dinner )
PN NORLIS...
TEMPAT       ; ARSHAD BISTRO SEGAMAT
MASA           :  8.00 PM -10.35 PM
TARIKH        :13.07.2011



SARUNG KETUPAT BERISI INTI                                 BUNGA MAWAR CANTIK TERSEMAT
DIBAWA BUDAK SAMBIL BERLARI                          DIPETIK GADIS DI TEPI TITI
KEHADIRAN SEMUA SANGAT DI HARGAI              DOA DIBACA MEMOHON RAHMAT
MOGA MAJLIS BERTAMBAH SERI                             MOGA MAJLIS SENTIASA DIBERKATI

JASAMU DIKENANG                                              TIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN
BUDIMU TAK TERBILANG                                    ITU ADAT, ITU LUMRAH KEHIDUPAN
SEMANGATMU DIJULANG                                   BEGITULAH RENTETAN PERJALANAN
KEPIMPINANMU GEMILANG                               WALAU SUKAR UNTUK DITELAN
                                                                                    TAPI KAKI TETAP MENGORAK JALAN
                                                                                    SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN
TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK LENGKAP MAJLIS JIKA TIDAK ADA YANG BERBICARA..........

KUNING EMAS MASAKNYA PADI
MAWAR MERAH DALAM JAMBANGAN
TERIMA KASIH DAUN KELADI
BUDIMU PUAN DALAM KENANGAN......





Rabu, Julai 13, 2011

ANTARA SUKA DAN DUKA.......

Sekeping gambar mampu bersuara seribu bahasa....

Pn Norlis Bt A.Rahman akan meninggalkan SK LKTP Medoi ....( 2006 -Julai 2011 )

Ke Mana  ????  : berpindah ke  SK Dato' Wan Idris
Bila ????        : Bermula 16 .06.2011
Mai...Mai....Mai.... kita tatap sentuhan terakhirnya di temasya sukan kali ke 47...
Sedih dah ni...tak mau nak taip manyak-manyak...






saksikan juga...........klip sukan bahagian satu

      Sukan sekolah 09.07.2011 
                                                                                                                                                                 

        
Perasmi  : YB Dato' Hj Ayob B Rahmat.
Dif Jemputan : Pengurus Felda ,
              Tn Hj Yassin B Sardi                 Ketua Kg : Hj Isa B Hj Idrus
          YDP PIBG En Kalam B Hj Idris       Ustazah Jamilah
            Ribuan Terima Kasih kepada PIBG ,
IBU BAPA ,penyumbang ,kakitangan dan staff sekolah...

Buat semua guru-guru...
  "ANDA MEMANG HEBAT "
Kami juga mengalu-alukan kehadiran wartawan sinar yang hadir.

                     



MARI KITA BERPESAN - PESAN SESAMA MUSLIM





Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ? Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ? Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi. ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui. Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
Hadis Ketiga " Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Sabtu, Julai 09, 2011

RUANGAN BARU...VIDEO SEKOLAH

Seperti yang dijanjikan,kami blogger sentiasa
berusaha utk memberikan YANG TERBAIK utk berkongsi ilmu ,info dan menceriakan blog...
maka kita saksikan....
sila beri komen