Sabtu, Oktober 10, 2009

PROGRAM ZIARAH & MARHABAN SEMPENA AIDILFITRI 2009



Sempena kedatangan Syawal tahun ini, guru-guru dan murid-murid SK LKTP Medoi telah menjalankan program Ziarah & Marhaban rumah-ke rumah di sekitar Felda Medoi bagi mengeratkan siratul rahim diantara penduduk dan warga sekolah.
Sebanyak empat kumpulan marhaban telah dibentuk dan dipimpin oleh beberapa orang guru bagi menjayakan program tersebut. Program tersebut telah dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada kira-kira jam 12.00 tengah hari.
Program tersebut dianggap berjaya kerana telah mendapat kerjasama dan sambutan menggalakkan daripada pihak ibu bapa/penjaga termasuk AJK PIBG SK LKTP Medoi.
Selain itu, guru-guru dan kakitangan sekolah juga telah menjayakan program ziarah rumah-ke rumah pada malam hari. Program ziarah ini disertai oleh ahli keluarga guru-guru dan kakitangan sekolah dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di antara mereka.
Menurut GPK1, Tn. Hj. Sulaiman Mod Kasmir, beliau berasa sungguh gembira dengan kejayaan program yang dijalankan dan berharap ianya dapat diteruskan pada masa akan datang.