Sabtu, April 03, 2010

Jamuan BKGK Kali Pertama 2010

Tn. Hj Saiful Bahar membacakan doa makan...Bismillahh
Penyampaian Hadiah Hari Lahir
Makan yang ringan-ringan dulu lahhh!!
Hari Lahir Aku!!! Zassss...

Ehhh!!!Ayam ni tergolek daaa!!!

Nak makan ke nak posing niii!!

Sepakat berbaju biruuuu..Angunn!

Ehhh...sempat mengemas cikgu Shima tu!

Alamak...banyaknye menu hari niiii!! Aku nak yang ini..ehhh yang ni!! Ehhh.semua lahh!

Nak makan ngobrol dulu daaaa!!

Hassan,Zaini,Che Aida,Mokmah dan Hj. Sulaiman memotong kek hari jadi
Azura tidak dapat hadir kerana kurang sihat dan berada di Selayang,Selangor.

Menunggu giliran menjamah masakan rakan-rakan kelab..fuhhh menyelerakan!

Jamuan BKGK SK LKTP Medoi, telah diadakan bagi menyambut hari jadi 5 orang guru dan 1 orang juruteknik komputer SK LKTP Medoi. Jamuan yang diadakan setiap bulan pada tahun lalu telah diubah kepada 3 bulan sekali bagi menjimatkan kos dan masa, namun tetap meriah dengan pelbagai juadah resepi seantario negeri masakan ahli-ahli kelab BKGK.

Masakan menu sendiri merupakan agenda kelab bagi merapatkan lagi hubungan antara guru dan kakitangan sekolah di samping menonjolkan bakat masakan semua ahli. Namun begitu, bagi mereka yang tidak sempat memasak, mereka telah mengutarakan menu "tunjuk dan hulur" dari warung-warung di sekitar Segamat.
Pada hari tersebut juga, Pn. Shima, Pn Mokmah, Pn. Rohudah, Pn. Salwa dan Pn. Hasmizi sempat mengemas bilik guru yang agak sesak dengan barang-barang khazanah berzaman dan masih kukuh tersimpan di meja-meja guru dan sekitarnya.
Cogankata 'apa yang penting-kerjasama' menjadi sandaran kepada semua aktiviti kelab BKGK sejak tahun 2009 lagi.

Aktiviti kelab yang seterusnya ialah Sambutan Hari Guru dan Kakitangan yang akan diadakan pada bulan Mei kelak. Semoga BKGK terus menjadi medan ukhwah antara ahli serta menjadi pemangkin kemajuan sekolah tercinta. Pengerusi.