Jumaat, September 27, 2013

Majlis Perpisahan Pn. Siti Nor Azurawati binti Ismail

Assalamualaikum..w.b.t..

         Pada 27 September 2013, Kelab Guru SK LKTP Medoi telah menganjurkan Majlis Perpisahan untuk guru yang bertukar iaitu Puan Siti Nor Azurawati binti Ismail. Kami semua sentiasa mendoakan semoga pertukaran ini dipenuhi dengan keberkatan oleh Allah S.W.T dan selamat berkhidmat di sekolah baru.


BUNGA KEMBOJA PUTIH BERSERI
PUTIHNYA MELUR DIUJUNG DAHAN
ATAS KERJASAMA DAN BANTUAN YANG DIBERI
PUJI SYUKUR DAN TERIMAKASIH KAMI UCAPKAN.

KALAU MENJEMUR PAPAN PANJANG
BAIK DISUSUN TEGAK BERDIRI
KALAU LAH ADA UMUR PANJANG
INSYA ALLAH KITA KAN BERJUMPA LAGI.























Lawatan Sambil Belajar : Pengurusan Diri Pendidikan Khas

Tarikh : 25 September 2013
Tempat : Pasar Raya UO, 1Segamat
Sasaran : Pelajar Berkeperluan Khas, SK LKTP Medoi








Selasa, September 24, 2013

Kem 1 Murid 1 Sukan

Assalamualaikum..w.b.t..

       Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
   
        Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.


    Dengan itu pihak SK LKTP Medoi telah mengadakan Kem 1 Murid 1 Sukan pada 20 dan 21 September 2013 di Dewan Terbuka Sri Medoi dan Padang Sekolah.Tahniah kepada semua murid yang telah menyertai kem ini.Medoi Boleh!!!



Rabu, September 18, 2013

LATIHAN KEBAKARAN

Assalamualaikum..w.b.t..

HARI : RABU
TARIKH : 18 SEPT 2013
SASARAN: Murid Dan Semua Warga Sekolah

CERAMAH DAN DEMONSTRASI KEBAKARAN OLEH :
Pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat
Bandar Putra, Segamat.

TENTATIF :

- loceng kecemasan dibunyikan
- pihak bomba memberikan penerangan tentang kebakaran
  dan tunjuk cara memadam api
- guru dan murid  juga diberi peluang memadamkan
  api menggunakan alat pemadam api


1.PENDAHULUAN

       Kebakaran merupakan satu tragedi yang harus dielakkan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang disyorkan oleh pihak Bomba. Kebakaran boleh menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa .Oleh yang demikian warga sekolah perlu bersiap sedia untuk menghadapi situasi kebakaran.

2.OBJEKTIF LATIHAN

1.  Untuk mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran setiap individu yang merupakan warga sekolah kebangsaan telok jamat  mengenai bahaya kebakaran dan cara-cara bertindak   dengan cepat, tepat dan betul semasa kebakaran dari peringkat permulaan   hingga keadaan diistihar selamat.
2.   Mengenal pasti kelemahan –kelemahan yang ada dan mengambil langkah- langkah penambahbaikan bagi mempertingkatkan keselamatan fasiliti-fasiliti  yang sedia ada,prosedur dan keyakinan individu serta organisasi semasa latihan.
3.  memberi  pendedahan mengenai Kebakaran  dan cara-cara penggunakan peralatan pemadam api
4.  Mewujudkan semangat kerjasama diantara pihak Bomba dan pihak sekolah










Khamis, September 12, 2013

Isnin, September 09, 2013

PROGRAM RESTU CALON UPSR 2013

Assalamualaikum w.b.t...

Pada 9 September 2013, bertempat di Dewan terbuka SK LKTP Medoi berlansung Program Restu Calon UPSR 2013. Selamat Berjuang dan Semoga Berjaya, MEDOI BOLEH!!!







PERKHEMAHAN PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS 2013

Assalamualaikum w.b.t...

Pada 4 dan 5 September 2013, orang pelajar pendidikan khas telah menyertai Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas Peringkat Daerah Segamat di Taman Negara Johor Endau (Selai).







Rabu, September 04, 2013

Majlis Sambutan Hari Raya dan Majlis Perpisahan Guru Besar

Assalamualaikum..w.b.t

                 Time to say goodbye but farewell is not forever only for a little while, until we meet again Puan Sa'iwa binti Abdul Ghani.Thanks for everything.