Selasa, Mei 17, 2011

SAMBUTAN HARI GURU SK MEDOI 2011 YANG MERIAH

"Apa Yang Penting ? Kerjasama.....!"
Dengan kata-kata hikmat di atas, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar w/pun pada hujung minggu sebelumnya warga SKLKTP Medoi berada di Tg Bidara & Pengkalan Balak, Melaka untuk menjayakan program Hari Keluarga SK Medoi 2011.
     Seawal 7.30 pagi, semua murid dan warga sekolah berkumpul di dewan sekolah bagi mengadakan majlis rasmi Sambutan Hari Guru Peringkat SK LKTP Medoi 2011. Tetamu undangan pada majlis tersebut ialah YDP &  NYDP PIBG SK LKTP Medoi, En. Kalam b. Hj Idris dan Kapt.(B) En. Mohd Nasir b. Hj Hitam. Majlis dimulai dengan bacaan doa, nyanyian lagu patriotik, ikrar dan ucapan-ucapan teks sambutan hari guru.
     Kemudian, Tn Hj. Sulaiman b Mod Kasmir,GPK 1 mengetuai bacaan ikrar hari guru. Kumpulan murid Tahun 6 juga membuat persembahan pantomen gelagat guru sekolah diikuti dengan persembahan sajak oleh Pn Rohudah Wan Omar serta persembahan bidan terjun Trio Bujang 3 SK Medoi iaitu En. Zulkaply, En. Nordin dan En. Saiful Bahar. Persembahan ini begitu mengujakan sehinggakan mendapat sokongan padu murid-murid dan warga sekolah yang lain.
     Selesai sahaja persembahan, YDP PIBG telah menyampaikan cenderamata PIBG kepada semua warga sekolah diikuti oleh penyampaian hadiah oleh murid-murid kepada guru-guru mereka. Tepat pada jam 9.30 pagi semua guru dan murid beredar ke kantin sekolah untuk menikmati jamuan yang ditaja oleh pengusaha kantin.
     Pada jam 10.00 pagi, sesi bergambar sesama warga sekolah dimulakan dan pelbagai gelagat guru telah dirakamkan. Sangat mengelikan hati apabila guru-guru lelaki sekolah memaparkan pelbagai gaya ala 60an.
     Selesai sahaja sesi 'berposing', guru-guru dan murid telah ke gelanggang permainan bola tampar,bola jaring dan pentaq untuk menonjolkan kehebatan masing-masing. Tidak kurang hebat juga apabila guru besar dan GPKs turut serta dalam aktiviti tersebut.
     Selepas murid pulang pada jam 12.30 tengah hari, semua warga sekolah telah menghadiri jamuan makan tengah hari bersama pentadbiran FELDA dan AJK PIBG di Anjung Ilmu SK Medoi. Tuan Pengurus Felda Medoi telah menghadiahkan sebiji kek istimewa sempena jamuan tersebut. Majlis diakhiri dengan pertukaran hadiah hari guru antara warga sekolah dan telah disempurnakan oleh tuan pengurus yang dikasihi.
     Semoga kenangan indah Sambutan Hari Guru 2011 menjadi pemangkin kecemerlangan sekolah tempat mencurah bakti kepada anak bangsa. Hidup SK Medoi!!!!
Ucapan YDP PIBG


kLON pANCA sITARA sKMEDOI

Ikrar Hari Guru

                                         Pantomen Gelagat Guru Garang ala Kalau Berpacaran

Goal Keeper - Cekap Tu!!!!!

Perlawanan Bola Tampar

Warga SK Medoi Bergaya


Hadiah daripada PIBG
Pertukaran Hadiah Guru - disampaikan oleh Tuan Pengurus Felda Medoi
Menunggu Majlis Bermula



 Teruna Hansem SK Medoi
Gelagat Jejaka Bujang Senang

Gaya Anak Dara & Mak Dara Berwawasan


Berbual Mesra Bersama AJK PIBG
Athlet Bola Tampar Campuran
Servis Maut by Zul


Rabu, Mei 11, 2011

Aktiviti Unit-Unit Beruniform SK LKTP Medoi - Penyediaan Makanan Ringkas

Hari ini 11 Mei 2011, bermula pada jam 12.45 tengah hari, Unit-unit Pakaian Beruniform SK LKTP Medoi telah menjalankan satu aktiviti Penyediaan Makanan Ringkas- Pelbagai Cita Rasa Sandwich.  Setelah  ahli-ahli dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan & penerangan ringkas disampaikan oleh para pemimpin unit, aaktiviti pun dimulakan di lokasi yang terpilih.
     Semua kumpulan telah bekerjasama membawa bahan dan peralatan bagi tujuan aktiviti tersebut. Di antara bahan-bahannya ialah sardin, roti, bawang besar, mayonis ,cili,limau kasturi, sos, majerin, salad dan lain-lain lagi. Mereka juga telah membawa minuman dan peralatan yang diperlukan termasuk surat khabar lama bagi mengelakkan kekotoran tempat penyediaan makanan tersebut.
      Akhir sekali, para pemimpin telah mengadili hasil persembahan makanan setiap kumpulan dan memberi penghargaan yang sewajarnya kepada ahlu-ahli yang terlibat. Selain membantu murid belajar menyediakan makanan sendiri, aktiviti ini juga telah menyemai kerjasama erat antara ahli di dalam kumpulan masing-masing. Hati senang, perut pun kenyang.