Sabtu, Oktober 30, 2010

JOGATHON MSKPPM PERINGKAT NEGERI JOHOR

Peserta Wanita Hampir Ke Garisan Penamat

Peserta L Pertama Menghampiri Garisan Penamat

Petugas 'Check Point 5"


Marshal KPFM



Tercicir 1 Pusingan


Suasana di akhir pertandingan

Mendengar Ucapan Perasmian Penutup

Berbual dengan penyelia PPD


Ke Garisan Penamat

Keadaan di garisan penamat

Penyokong Kuat

Petugas PIBG @ Belia Menikmati Jamuan


Para Pegawai Kejohanan


Menikmati Jamuan di Kantin


Majlis Penutup Kejohanan

Para VIP
Guru-guru SK LKTP Medoi

Apa yang penting??? Kerjasama.
Bagaikan satu rahmat apabila SK LKTP Medoi telah dipilih sebagai lokasi pertandingan Jogathon Majlis Sukan Kakitangan Pelajaran Peringkat Negeri Johor pada 30hb. Oktober 2010(Sabtu). Ia bukan sahaja mengundang kerjasama semua pihak di Felda Medoi malah mempromosi lokasi ini kepada semua peserta yang datang dari segenap pelusok negeri Johor.Penganjuran kejohanan ini telah mendapat kerjasama cukup mantap daripada pihak PPD, PIBG, RELA, Polis, PBSM, FELDA dan Kelab Radio Amatur KPFM.

Aktiviti ini bermula seawal jam 7.00 pagi di mana semua peserta yang hadir diminta ke kaunter pendaftaran di perkarangan sekolah untuk membuat pengesahan penyertaan serta semakan dokumentasi. Lebih daripada 70 orang peserta daripada 10 buah daerah di negeri Johor telah mengambil bahagian. Tepat pada jam 8.00 pagi, peserta lelaki telah dilepaskan diikuti peserta wanita15 minit kemudian . Peserta lelaki telah melalui litar sejauh 10 km (2 pusingan) manakala peserta wanita sejauh 6km sahaja.

Sepanjang kejohanan ini, liputan radio telah dikendalikan oleh ahli kelab KPFM beserta dengan kawalan Marshal yang mengiringi para peserta setiap masa. Dengan kawalan keselamatan yang ketat oleh pihak Polis dan RELA, perjalanan peserta menjadi lebih lancar. Pihak PBSM pula telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang dengan memberi perkhidmatan kecemasan dan perubatan di sepanjang kejohanan yang berlangsung selama kira-kira 2 jam.

Majlis penyampaian Hadiah dan Sijil telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, En. Yasiran b. Maskom dengan diiringi oleh Guru Besar Sk LKTP Medoi, Pn. Norlis bt. A.Rahman. Pemenang Kejohonan ini telah diungguli oleh peserta dari daerah Batu Pahat. Wakil daerah Segamat(L) telah mendapat tempat kedua. Kejohanan ini telah berakhir pada jam 10.30 pagi dengan jayanya.

Sekalung tahniah kepada semua warga Felda Medoi kerana telah berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan begitu cemerlang sehingga mendapat respon yang positif daripada semua pihak.


Khemah Urusetia @ Tuan PPD Segamat



Guru Besar bersama Pengurus dan Tuan PPD


Garis Pemulaan Perlumbaan



Marshal KPFM mengiringi peserta