Jumaat, September 09, 2011

MARHABAN AIDILFITRI KEMBALI LAGI!!!

BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN MEMPERSILAKAN SEMUA AHLI UNTUK BERTANDANG KE RUMAH PN. NATRAH JAAFAR,EN SAMID B. RASIDI(GB) DAN MANTAN GB, PN. NORLIS BT. A.RAHMAN PADA:

TARIKH                :   10.9.2011(SABTU)
MASA/TEMPAT :   1.JAM 1.30pm- RUMAH PN. NATRAH, TAMAN SRI ALAM 2, BATU ANAM
                                  2.JAM 4.00pm- RUMAH EN. SAMID, TAMAN YAYASAN
                                  3.JAM 5.30pm- RUMAH PN. NORLIS, TMN. BENDAHARA, JALAN MUAR


ATURCARA:
1. Bertolak ke rumah Pn. Natrah pada jam 1.30
     - Berselawat
     - Ucapan Wakil Rombongan
     - Ucapan Tuan Rumah
     - Doa
     - Jamuan
     - Bersalaman & bersurai

2. Bertolak ke rumah En. Samid pada jam 3.30 ptg
    - Berselawat
    - Ucapan Wakil Rombongan
    - Ucapan Tuan Rumah
    - Doa
    - Jamuan
    - Bersalaman & bersurai

3. Bertolak ke rumah Pn. Norlis pada jam 5.00 ptg.
    - Berselawat
    - Ucapan wakil rombongan
    - Ucapan Tuan Rumah
    - Doa
    - Jamuan
    - Bersalaman & bersurai
    - Bertolak pulang ke rumah masing-masing

Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan selamat.Aminn.
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN"

Isnin, September 05, 2011

BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN(BKGK) SK LKTP MEDOI


Perlembagaan Badan Kebajikan Guru & Kakitangan (BKGK)

SK LKTP Medoi 2011

TUJUAN PENUBUHAN :

1. Memenuhi keperluan & kehendak
      guru-guru  & amp; kakitangan sekolah.
2. Melatih ahli untuk memimpin dan menguruskan sesuatu kelab/badan kebajikan.
3. Mengendalikan kerja-kerja amal, antaranya :
   3.1 Memberi bantuan kepada murid-murid   miskin/anak yatim.
   3.2 Membuat majlis bacaan Yasin dan Tahlil
   3.3 Skim derma/wakaf
4. Mengeratkan hubungan dan kesepakatan sesama ahli.


PERLEMBAGAAN

1.Keahlian
>Setiap guru dan kakitangan yang berkhidmat di sekolah ini secara automatik adalah ahli BKGK.
>Jawatan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dilantik setiap 2 tahun (1penggal) secara undian. Sesiapa yang telah dilantik tidak boleh dilantik lagi pada penggal berikutnya. Hanya selepas dua penggal mereka boleh dilantik semula ke jawatan utama tersebut.

2.Yuran
>Setiap ahli diwajibkan membayar yuran bulanan kelab bermula dari bulan Januari
  hingga Oktober seperti berikut :

Ahli Guru  -  RM 10.00
Ahli Kakitangan - RM 10.00
Ahli Kakitangan Berkapita Rendah (AKBR), RM 5.00
(diputuskan di dalam mesyuarat JK BKGK)

Ahli yang tidak menjelaskan yuran bulanan akan dikenakan yuran tertunggak dan
diwajibkan melangsaikannya.
Sekiranya ahli masih lagi tidak  menjelaskan yuran tertunggak pada akhir tahun (Oktober), maka secara
automatik ia hilang keistimewaannya dan tidak boleh menuntut sebarang faedah pada tahun-tahun yang akan datang kecuali ia melangsaikan dahulu yuran yang tertunggak pada tahun sebelumnya.

3.Kebajikan/Faedah

Setiap ahli layak menerima perkara berikut :

>Cenderahati kelahiran anak pertama di sekolah ini RM 30.00
>Cenderahati harijadi – RM15.00
>Cenderahati pertukaran - Berkhidmat 1.0 hingga 3.0 tahun RM 30.00
                                       - Berkhidmat 3.1hingga 5.0 tahun RM 50.00
                                       - Berkhidmat lebih 5.1 tahun/pencen – RM100.00
>Khairat kematian - RM 100.00 Ahli & Keluarga rapat ahli- suami, isteri, ibu bapa
  dan anak ahli (dalam setahun sekali sahaja)
>Segala bentuk sumbangan atau derma RM 100.00 setahun. Jika jumlah maksimum telah digunakan,  
  pungutan akan dibuat mengikut persetujuan.
>Perbelanjaan lain seperti lawatan/hari keluarga/jamuan tahunan/derma wakaf dan sebagainya akan 
  diputuskan dalam mesyuarat JK BKGK.
>Bendahari diamanahkan untuk memastikan kewangan berada di dalam keadaan terurus(audit baik) dan 
  baki dibawa ke tahun hadapan tidak kurang daripada RM 100.00.
>Setiap ahli tidak dibenarkan mengguna atau mengeluarkan wang dengan sewenang-wenangnya tanpa 
  kebenaran daripada pengerusi kelab.
>Perlembagaan ini boleh ditambah dan diubah megikut kesesuaian semasa dengan persetujuan AJK dan 
  semua ahli di dalam mesyuarat tahunan yang akan datang.

4. Kegiatan Luar
    4.1 Hari Keluarga atau Sukaneka akan diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan
    kekeluargaan  ahli kelab.

5. Baju Rasmi Sekolah
    Baju Rasmi Sekolah akan dipersetujui bersama dari segi jenis dan kosnya. Bayaran
    kos akan dipungut daripada setiap ahli.

6. Mesyuarat
   6.1. Mesyuarat Agung akan diadakan selepas Mesyuarat Guru 1 pada setiap tahun.
   6.2. Mesyuarat AJK akan diadakan sepenggal sekali atau mengikut keperluan.

Jawatankuasa BKGK SK LKTP Medoi 2011


PENAUNG
Pn Norlis Binti A.Rahman

PENGERUSI
En Nordin b. Sanat

NAIB PENGERUSI
Pn. Noreha bt. Yussof

SETIAUSAHA
Pn. Aishamayuzi bt Hisham

NAIB SETIAUSAHA
Pn. Jamiah bt. Sarimin

BENDAHARI
Tn. Hj. Saiful Bahar b. Hj. Darus


AJK

Pn. Mokmah bt Samah (Kebajikan)
Pn. Nor Hashimah bt Aluwi (Keceriaan)
Pn. Salmiah bt Arshad (Jamuan/Kulineri)
Cik Hjh. Siti Suhaidah Mat Ali (AJK Lawatan)
En. Zulkaply b. Mohamed (AJK Sukan/Riadah)
Pn. Hasmizi bt. Mat(AJK Keagamaan &Syiar)

JURU AUDIT

Tn. Hj Sulaiman b. Mod Kasmir
Pn. Rohani bt. Salamon

AHLI-AHLI

Semua guru dan kakitangan bukan guru (berdaftar) SK LKTP Medoi



PANDUAN TUGASAN UNTUK AJK


AJK KEBAJIKAN

Menjaga kebajikan guru dan kakitangan SK LKTP Medoi berdasarkan peruntukan perlembagaan semasa. Membuat siaran melalui Setiausaha berkenaan isu-isu kebajikan ahli.


AJK KECERIAAN

Menceriakan bilik guru, memastikan kebersihan dan susunatur perabut.
Memohon meja tambahan yang seragam untuk semua guru di bilik guru dan bilik-bilik khas lain.
Membuat tanda nama guru untuk dilekatkan pada setiap meja guru.
Menetapkan hari untuk pembersihan bilik guru/pejabat.
Menyenaraikan keperluan keceriaan untuk dibincang dengan pihak sekolah.


AJK JAMUAN /KULINERI

Mengendalikan semua jamuan di bawah aktiviti BKGK.
Menyediakan menu yang bersesuaian dengan bajet dan tujuan jamuan.
Mencadangkan vanue/tempat jamuan untuk persetujuan bersama.


AJK RIADAH DAN SUKAN

Merancang aktiviti dan menyediakan alatan untuk acara sukan di bawah aktiviti BKGK termasuk sukan persahabatan.

AJK LAWATAN

Merancang aktiviti dan mengurus lawatan untuk ahli-ahli BKGK.
Membuat laporan aktiviti lawatan (semasa dan selepas lawatan)



AKTIVITI 2010/2011

1. Mesyuarat penggal jawatankuasa/mesyuarat agung.

2. Menerbitkan siaran berkaitan dengan guru, ilmu agama,aktiviti

kelab dan apa sahaja yang bermanfaat untuk ahli-pamplet.

3. Membina Laman Web dan Mengemaskini - Sila layari http://sklktpmedoi.blogspot.com

4. Sambutan Perayan Hari Guru Peringkat Sekolah.

5. Sambutan Sukan Tahunan Sekolah – menempah pakaian seragam ahli.

6. Sambutan Perayaan hari Kemerdekaan.

7. Perlawanan persahabatan dengan sekolah lain dalam acara sukan.

8.Jamuan & majlis perpisahan guru bertukar.

9. Jamuan & Hadiah Hari Lahir untuk semua ahli Kelab -3x setahun

10. Jamuan Akhir Tahun

11. Hadiah untuk guru-guru bersalin.

12. Majlis Marhaban Aidilfitri.

13. Majlis Bacaan Yassin & tahlil untuk guru-guru yang akan mengerjakan haji.

14. Gotong Royong Majlis Kurban.

15. Gotong Royong Menceriakan bilik guru.

16. Gotong-royong di rumah ahli yang ditimpa bencana.

17. Tadarus & solat hajat Ramadhan.

18. Derma Aidilfitri.
19.Wakaf peralatan surau & wang tunai.

20. Program Hari Keluarga – Melaka.

21. Lawatan ke Pantai Timur.

22. Menambahkan bilangan garaj kereta bagi guru-guru-sewa bulanan PIBG.

23. Mengemukakan usul agar guru besar dapat memberi penilaian prestasi cemerlang dengan markah 90 ke
      atas kepada sebilangan guru dan kakitangan yang layak secara telus & adil.

24. Mengemukakan usul agar PIBG dapat memperuntukkan nilai imbuhan kelas tambahan untuk tempoh 1 
     jam sebanyak RM20.00; iaitu satu kadar minima setimpal dengan usaha dan kelayakan guru-guru, lebih 
     rendah daripada kebanyakan sekolah lain.


"KITA ASYIK BERTANYA APAKAH SUMBANGAN KELAB KEPADA KITA, TANYALAH APAKAH SUMBANGAN YANG KITA BERI UNTUK  KELAB"