Rabu, September 18, 2013

LATIHAN KEBAKARAN

Assalamualaikum..w.b.t..

HARI : RABU
TARIKH : 18 SEPT 2013
SASARAN: Murid Dan Semua Warga Sekolah

CERAMAH DAN DEMONSTRASI KEBAKARAN OLEH :
Pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat
Bandar Putra, Segamat.

TENTATIF :

- loceng kecemasan dibunyikan
- pihak bomba memberikan penerangan tentang kebakaran
  dan tunjuk cara memadam api
- guru dan murid  juga diberi peluang memadamkan
  api menggunakan alat pemadam api


1.PENDAHULUAN

       Kebakaran merupakan satu tragedi yang harus dielakkan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang disyorkan oleh pihak Bomba. Kebakaran boleh menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa .Oleh yang demikian warga sekolah perlu bersiap sedia untuk menghadapi situasi kebakaran.

2.OBJEKTIF LATIHAN

1.  Untuk mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran setiap individu yang merupakan warga sekolah kebangsaan telok jamat  mengenai bahaya kebakaran dan cara-cara bertindak   dengan cepat, tepat dan betul semasa kebakaran dari peringkat permulaan   hingga keadaan diistihar selamat.
2.   Mengenal pasti kelemahan –kelemahan yang ada dan mengambil langkah- langkah penambahbaikan bagi mempertingkatkan keselamatan fasiliti-fasiliti  yang sedia ada,prosedur dan keyakinan individu serta organisasi semasa latihan.
3.  memberi  pendedahan mengenai Kebakaran  dan cara-cara penggunakan peralatan pemadam api
4.  Mewujudkan semangat kerjasama diantara pihak Bomba dan pihak sekolah










Tiada ulasan: