Khamis, Februari 18, 2010

Lawatan Ke Pantai Timur

Bergambar di Pintu Gerbang Masjid Cina,Rantau Panjang
Antara tempat menarik dilawati
Gambar Ramai-ramai

Makan Tengah Hari - Tetamu Jemputan dari Segamat !!

Sekeluarga Berposing

Dewan UMNO Kota Bahru,Kelantan

Jauh jalan Cg. Zul

Indahnya Pemandangan Masjid

Merakam Kenangan di Negeri Orang

Pada penghujung bulan Januari yang lalu, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan(BKGK) SK LKTP Medoi bersama dengan JK PIBG SK LKTP Medoi telah menjayakan satu lawatan ke Negeri Terengganu dan Kelantan bagi tujuan menghargai kerjasama yang telah diberikan oleh guru-guru dan JK PIBG untuk memajukan sekolah dalam semua aspek khasnya dari sudut akademik.
Rombongan yang terdiri daripada 88 orang warga sekolah (ahli keluarga) telah menuju ke pantai timur dengan 2 buah bas bersponsor penuh telah diuruskan dengan baik oleh ketua rombongan Tn. Hj Sulaiman Mod Kasmir,GPK 1 SK LKTP Medoi. Beliau juga telah berjaya menguruskan makan tengah hari percuma bersama kerajaan Negeri Terengganu dan UMNO Negeri Kelantan.

Rombongan ini telah dibawa membeli-belah di Rantau Panjang, Wakaf Cik Yeh, Pasar Khadijah, Pasar Payang dan lain-lain lagi. Selain itu, peserta rombongan juga dapat menikmati keenakan keropok lekor di kawasan industri Losong di samping sempat juga melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Terengganu. Antaranya ialah kawasan Pelancongan Tamadun Islam, Masjid Kristal, Muzium dan juga tempat peranginan. Para peserta telah diberi penginapan percuma di sebuah chalet bersebelahan pantai. Selain dapat bermain air, mereka juga dapat menghirup udara segar yang nyaman dari bayu laut.

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya merealisasikan program lawatan tersebut. Semoga pada penghujung tahun 2010 ini, BKGK akan dapat melawat ke Pulau Langkawi pula.

Tiada ulasan: