Majlis Jamuan Perpisahan Cik Norwahidah binti Mohd Kassim berlangsung dengan meriahnya pada 22 Mac 2013 di Dewan Terbuka SK LKTP Medoi.Majlis ini adalah anjuran Kelab Guru sekolah, bagi meraikan Cik Norwahidah yang telah tamat berkhidmat sebagai guru ganti sementara di sekolah ini. Sesungguhnya segala budi dan jasa yang ditabur di sekolah ini akan kami kenang sampai akhir hayat. Kami seluruh warga SK LKTP Medoi mendoakan agar Cik Norwahidah sentiasa sukses dan maju jaya di mana jua bertugas selepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan