Khamis, Julai 14, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM PERPISAHAN - EDISI 01 (yg belum masuk gambo jgn marah...pasti ada muka anda yg glamer punya nanti.... )

   

 Minggu ini jangan tanya lebih-lebih kepada warga Medoi kerana mereka meratapi perpisahan........
PN GURU BESAR - PN NORLIS BT A.RAHMAN moga beliau ceria ,gembira , dan seronok bekerja di tempat baru......



MAJLIS MAKAN MALAM  PERPISAHAN (Farewell Dinner )
PN NORLIS...
TEMPAT       ; ARSHAD BISTRO SEGAMAT
MASA           :  8.00 PM -10.35 PM
TARIKH        :13.07.2011



SARUNG KETUPAT BERISI INTI                                 BUNGA MAWAR CANTIK TERSEMAT
DIBAWA BUDAK SAMBIL BERLARI                          DIPETIK GADIS DI TEPI TITI
KEHADIRAN SEMUA SANGAT DI HARGAI              DOA DIBACA MEMOHON RAHMAT
MOGA MAJLIS BERTAMBAH SERI                             MOGA MAJLIS SENTIASA DIBERKATI

JASAMU DIKENANG                                              TIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN
BUDIMU TAK TERBILANG                                    ITU ADAT, ITU LUMRAH KEHIDUPAN
SEMANGATMU DIJULANG                                   BEGITULAH RENTETAN PERJALANAN
KEPIMPINANMU GEMILANG                               WALAU SUKAR UNTUK DITELAN
                                                                                    TAPI KAKI TETAP MENGORAK JALAN
                                                                                    SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN
TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK LENGKAP MAJLIS JIKA TIDAK ADA YANG BERBICARA..........

KUNING EMAS MASAKNYA PADI
MAWAR MERAH DALAM JAMBANGAN
TERIMA KASIH DAUN KELADI
BUDIMU PUAN DALAM KENANGAN......





Rabu, Julai 13, 2011

ANTARA SUKA DAN DUKA.......

Sekeping gambar mampu bersuara seribu bahasa....

Pn Norlis Bt A.Rahman akan meninggalkan SK LKTP Medoi ....( 2006 -Julai 2011 )

Ke Mana  ????  : berpindah ke  SK Dato' Wan Idris
Bila ????        : Bermula 16 .06.2011
Mai...Mai....Mai.... kita tatap sentuhan terakhirnya di temasya sukan kali ke 47...
Sedih dah ni...tak mau nak taip manyak-manyak...






saksikan juga...........klip sukan bahagian satu

      Sukan sekolah 09.07.2011 
                                                                                                                                                                 

        
Perasmi  : YB Dato' Hj Ayob B Rahmat.
Dif Jemputan : Pengurus Felda ,
              Tn Hj Yassin B Sardi                 Ketua Kg : Hj Isa B Hj Idrus
          YDP PIBG En Kalam B Hj Idris       Ustazah Jamilah
            Ribuan Terima Kasih kepada PIBG ,
IBU BAPA ,penyumbang ,kakitangan dan staff sekolah...

Buat semua guru-guru...
  "ANDA MEMANG HEBAT "
Kami juga mengalu-alukan kehadiran wartawan sinar yang hadir.

                     



MARI KITA BERPESAN - PESAN SESAMA MUSLIM





Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ? Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ? Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi. ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui. Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
Hadis Ketiga " Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Sabtu, Julai 09, 2011

RUANGAN BARU...VIDEO SEKOLAH

Seperti yang dijanjikan,kami blogger sentiasa
berusaha utk memberikan YANG TERBAIK utk berkongsi ilmu ,info dan menceriakan blog...
maka kita saksikan....
sila beri komen



RUANGAN BARU...VIDEO SEKOLAH

Seperti yang dijanjikan , kami blogger  sentiasa mencari idea baru utk menceriakan blog....kita lihat dan klik di sini....sila berikan komen anda...

ALBUM SEKOLAH 2......la plak

Atas permintaan dan pertanyaan ramai maka disiarkan album sekolah (part 2 )






Jumaat, Julai 08, 2011

TAZKIRAH SYAABAN.....

BERAPA KALI KITA BERSELAWAT HARI INI...
selain daripada  mengucapkannya didalam solat kita...

Fikirkanlah...........
MAKSUD SURAH AL AHZAB ayat 56:
sesungguhnta Allah dan para malaikat Nya berselawat ke atas Nabi.
Wahai ORANG YANG BERIMAN berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya...



Rabu, Julai 06, 2011

JOM TENGOK ALBUM SEKOLAH.......


Ruangan baru ini diharap dapat mengubat rindu ...menambah rindu...menghilang stress ...mai kita tengok sape yang glam disini....






Isnin, Julai 04, 2011

MEDOI....JUARA LAGI....


Murid Medoi telah ,mengungguli acara :  1-tahsin al-Quran  2-Hiwar B.Arab (perbualan )
Kejayaan tersebut telah dilakar dan dicipta pada :
Tarikh  : 03.07.2011
Majlis   : KEM BINA JUARA MURID J-QAF
Tempat  : SK DESA TEMU JODOH,CHAAH SEGAMAT
Keunggulan murid medoi telah menyebabkan beberapa hati  peserta terluka (kerana tak menang..)
Sebab Kejayaan  : Tentulah usaha  murid dan guru J-Qafnya...
Ucapan : TAHNIAH !!!ANDA MEMANG HEBAT....

Nama Guru J-QAF : 1-Pn Nor Azurawati   2-Pn Hasmizi
Nama Murid :
1-Nor Ain Balqia Bt Kalam ( kategori Tahsin )   2-Juhaidah Nadhira Bt Jasni ( Hiwar )
 

Ahad, Julai 03, 2011

TAK KENAL MAKA TAK CINTA...TAK TAU MAKSUD MAKA KURANG KHUSYUK...





(TEKS SURAH FATIHAH )
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.