Khamis, November 03, 2011

MARI KITA BERPESAN - PESAN SESAMA MUSLIM




Ibadah Qurban bakal menjelang...kepada yg berkorban tu,moga ibadah kalian di terima Allah s.w.t..kepada yg tidak tu ,pasangkan niat juga mendapat pahala...apapun kita layan gambar dibawah..

  



Rabu, Oktober 26, 2011

TAZKIRAH ZULHIJJAH & BIT TAUFIQ WAN NAJAH UTK SEMUA MURID SK LKTP MEDOI...

SALAM...Rindu rasanya blogger, lama dah tak membuat catatan di blok ini.
Banyak aktiviti menarik terlepas utk di
up loadkan..apapun ,
1-Selamat Menyambut Hari Raya Qurban - Kalau ada kemampuan apa salahnya qurban.Kalau tak , tolong tarik tali lembu masa qurban pun tak apa,dapat gak pahala..apatah lagi menolong mengurus daging qurbannya..Subhanallah..Pahala..Pahala...
 ADA di mana-mana BIDIN & PEAH...
Apapun kita layan video dan gambar ini....
TAHNIAH...TAHNIAH..TAHNIAH...UTK
GURU-GURU DAN MURID YANG  TELAH BERUSAHA SEPANJANG TAHUN BERMULA JANUARI SEHINGGALAH SEKARANG..SELAMAT MENEMPUH UJIAN AKHIR TAHUN MINGGU HADAPAN...
BIT TAUFIQ WAN NAJAH  KEPADA ANTUM SEMUA..
sekitar lawatan sambil belajar Thn 6 ke KL pada 18.10.2011

MUSIM  HUJAN DATANG LAGI...INGAT LAGI MEMORI DI BAWAH ???...

Isnin, Oktober 17, 2011

BERTEMU KEMBALI...SK LKTP MEDOI TETAP GAGAH

Banyak cerita dan aktiviti yang blogger nak kongsi dengan  pelayar setia tetapi apakan daya...
Apapun kita layan dulu gambar dan video ini...


TAHNIAH KEPADA CIK HAIDAH  MAHDIN ATAS EMAS BERPASUKAN PSKPP YG LALU...

Jumaat, September 09, 2011

MARHABAN AIDILFITRI KEMBALI LAGI!!!

BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN MEMPERSILAKAN SEMUA AHLI UNTUK BERTANDANG KE RUMAH PN. NATRAH JAAFAR,EN SAMID B. RASIDI(GB) DAN MANTAN GB, PN. NORLIS BT. A.RAHMAN PADA:

TARIKH                :   10.9.2011(SABTU)
MASA/TEMPAT :   1.JAM 1.30pm- RUMAH PN. NATRAH, TAMAN SRI ALAM 2, BATU ANAM
                                  2.JAM 4.00pm- RUMAH EN. SAMID, TAMAN YAYASAN
                                  3.JAM 5.30pm- RUMAH PN. NORLIS, TMN. BENDAHARA, JALAN MUAR


ATURCARA:
1. Bertolak ke rumah Pn. Natrah pada jam 1.30
     - Berselawat
     - Ucapan Wakil Rombongan
     - Ucapan Tuan Rumah
     - Doa
     - Jamuan
     - Bersalaman & bersurai

2. Bertolak ke rumah En. Samid pada jam 3.30 ptg
    - Berselawat
    - Ucapan Wakil Rombongan
    - Ucapan Tuan Rumah
    - Doa
    - Jamuan
    - Bersalaman & bersurai

3. Bertolak ke rumah Pn. Norlis pada jam 5.00 ptg.
    - Berselawat
    - Ucapan wakil rombongan
    - Ucapan Tuan Rumah
    - Doa
    - Jamuan
    - Bersalaman & bersurai
    - Bertolak pulang ke rumah masing-masing

Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan selamat.Aminn.
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN"

Isnin, September 05, 2011

BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN(BKGK) SK LKTP MEDOI


Perlembagaan Badan Kebajikan Guru & Kakitangan (BKGK)

SK LKTP Medoi 2011

TUJUAN PENUBUHAN :

1. Memenuhi keperluan & kehendak
      guru-guru  & amp; kakitangan sekolah.
2. Melatih ahli untuk memimpin dan menguruskan sesuatu kelab/badan kebajikan.
3. Mengendalikan kerja-kerja amal, antaranya :
   3.1 Memberi bantuan kepada murid-murid   miskin/anak yatim.
   3.2 Membuat majlis bacaan Yasin dan Tahlil
   3.3 Skim derma/wakaf
4. Mengeratkan hubungan dan kesepakatan sesama ahli.


PERLEMBAGAAN

1.Keahlian
>Setiap guru dan kakitangan yang berkhidmat di sekolah ini secara automatik adalah ahli BKGK.
>Jawatan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dilantik setiap 2 tahun (1penggal) secara undian. Sesiapa yang telah dilantik tidak boleh dilantik lagi pada penggal berikutnya. Hanya selepas dua penggal mereka boleh dilantik semula ke jawatan utama tersebut.

2.Yuran
>Setiap ahli diwajibkan membayar yuran bulanan kelab bermula dari bulan Januari
  hingga Oktober seperti berikut :

Ahli Guru  -  RM 10.00
Ahli Kakitangan - RM 10.00
Ahli Kakitangan Berkapita Rendah (AKBR), RM 5.00
(diputuskan di dalam mesyuarat JK BKGK)

Ahli yang tidak menjelaskan yuran bulanan akan dikenakan yuran tertunggak dan
diwajibkan melangsaikannya.
Sekiranya ahli masih lagi tidak  menjelaskan yuran tertunggak pada akhir tahun (Oktober), maka secara
automatik ia hilang keistimewaannya dan tidak boleh menuntut sebarang faedah pada tahun-tahun yang akan datang kecuali ia melangsaikan dahulu yuran yang tertunggak pada tahun sebelumnya.

3.Kebajikan/Faedah

Setiap ahli layak menerima perkara berikut :

>Cenderahati kelahiran anak pertama di sekolah ini RM 30.00
>Cenderahati harijadi – RM15.00
>Cenderahati pertukaran - Berkhidmat 1.0 hingga 3.0 tahun RM 30.00
                                       - Berkhidmat 3.1hingga 5.0 tahun RM 50.00
                                       - Berkhidmat lebih 5.1 tahun/pencen – RM100.00
>Khairat kematian - RM 100.00 Ahli & Keluarga rapat ahli- suami, isteri, ibu bapa
  dan anak ahli (dalam setahun sekali sahaja)
>Segala bentuk sumbangan atau derma RM 100.00 setahun. Jika jumlah maksimum telah digunakan,  
  pungutan akan dibuat mengikut persetujuan.
>Perbelanjaan lain seperti lawatan/hari keluarga/jamuan tahunan/derma wakaf dan sebagainya akan 
  diputuskan dalam mesyuarat JK BKGK.
>Bendahari diamanahkan untuk memastikan kewangan berada di dalam keadaan terurus(audit baik) dan 
  baki dibawa ke tahun hadapan tidak kurang daripada RM 100.00.
>Setiap ahli tidak dibenarkan mengguna atau mengeluarkan wang dengan sewenang-wenangnya tanpa 
  kebenaran daripada pengerusi kelab.
>Perlembagaan ini boleh ditambah dan diubah megikut kesesuaian semasa dengan persetujuan AJK dan 
  semua ahli di dalam mesyuarat tahunan yang akan datang.

4. Kegiatan Luar
    4.1 Hari Keluarga atau Sukaneka akan diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan
    kekeluargaan  ahli kelab.

5. Baju Rasmi Sekolah
    Baju Rasmi Sekolah akan dipersetujui bersama dari segi jenis dan kosnya. Bayaran
    kos akan dipungut daripada setiap ahli.

6. Mesyuarat
   6.1. Mesyuarat Agung akan diadakan selepas Mesyuarat Guru 1 pada setiap tahun.
   6.2. Mesyuarat AJK akan diadakan sepenggal sekali atau mengikut keperluan.

Jawatankuasa BKGK SK LKTP Medoi 2011


PENAUNG
Pn Norlis Binti A.Rahman

PENGERUSI
En Nordin b. Sanat

NAIB PENGERUSI
Pn. Noreha bt. Yussof

SETIAUSAHA
Pn. Aishamayuzi bt Hisham

NAIB SETIAUSAHA
Pn. Jamiah bt. Sarimin

BENDAHARI
Tn. Hj. Saiful Bahar b. Hj. Darus


AJK

Pn. Mokmah bt Samah (Kebajikan)
Pn. Nor Hashimah bt Aluwi (Keceriaan)
Pn. Salmiah bt Arshad (Jamuan/Kulineri)
Cik Hjh. Siti Suhaidah Mat Ali (AJK Lawatan)
En. Zulkaply b. Mohamed (AJK Sukan/Riadah)
Pn. Hasmizi bt. Mat(AJK Keagamaan &Syiar)

JURU AUDIT

Tn. Hj Sulaiman b. Mod Kasmir
Pn. Rohani bt. Salamon

AHLI-AHLI

Semua guru dan kakitangan bukan guru (berdaftar) SK LKTP Medoi



PANDUAN TUGASAN UNTUK AJK


AJK KEBAJIKAN

Menjaga kebajikan guru dan kakitangan SK LKTP Medoi berdasarkan peruntukan perlembagaan semasa. Membuat siaran melalui Setiausaha berkenaan isu-isu kebajikan ahli.


AJK KECERIAAN

Menceriakan bilik guru, memastikan kebersihan dan susunatur perabut.
Memohon meja tambahan yang seragam untuk semua guru di bilik guru dan bilik-bilik khas lain.
Membuat tanda nama guru untuk dilekatkan pada setiap meja guru.
Menetapkan hari untuk pembersihan bilik guru/pejabat.
Menyenaraikan keperluan keceriaan untuk dibincang dengan pihak sekolah.


AJK JAMUAN /KULINERI

Mengendalikan semua jamuan di bawah aktiviti BKGK.
Menyediakan menu yang bersesuaian dengan bajet dan tujuan jamuan.
Mencadangkan vanue/tempat jamuan untuk persetujuan bersama.


AJK RIADAH DAN SUKAN

Merancang aktiviti dan menyediakan alatan untuk acara sukan di bawah aktiviti BKGK termasuk sukan persahabatan.

AJK LAWATAN

Merancang aktiviti dan mengurus lawatan untuk ahli-ahli BKGK.
Membuat laporan aktiviti lawatan (semasa dan selepas lawatan)



AKTIVITI 2010/2011

1. Mesyuarat penggal jawatankuasa/mesyuarat agung.

2. Menerbitkan siaran berkaitan dengan guru, ilmu agama,aktiviti

kelab dan apa sahaja yang bermanfaat untuk ahli-pamplet.

3. Membina Laman Web dan Mengemaskini - Sila layari http://sklktpmedoi.blogspot.com

4. Sambutan Perayan Hari Guru Peringkat Sekolah.

5. Sambutan Sukan Tahunan Sekolah – menempah pakaian seragam ahli.

6. Sambutan Perayaan hari Kemerdekaan.

7. Perlawanan persahabatan dengan sekolah lain dalam acara sukan.

8.Jamuan & majlis perpisahan guru bertukar.

9. Jamuan & Hadiah Hari Lahir untuk semua ahli Kelab -3x setahun

10. Jamuan Akhir Tahun

11. Hadiah untuk guru-guru bersalin.

12. Majlis Marhaban Aidilfitri.

13. Majlis Bacaan Yassin & tahlil untuk guru-guru yang akan mengerjakan haji.

14. Gotong Royong Majlis Kurban.

15. Gotong Royong Menceriakan bilik guru.

16. Gotong-royong di rumah ahli yang ditimpa bencana.

17. Tadarus & solat hajat Ramadhan.

18. Derma Aidilfitri.
19.Wakaf peralatan surau & wang tunai.

20. Program Hari Keluarga – Melaka.

21. Lawatan ke Pantai Timur.

22. Menambahkan bilangan garaj kereta bagi guru-guru-sewa bulanan PIBG.

23. Mengemukakan usul agar guru besar dapat memberi penilaian prestasi cemerlang dengan markah 90 ke
      atas kepada sebilangan guru dan kakitangan yang layak secara telus & adil.

24. Mengemukakan usul agar PIBG dapat memperuntukkan nilai imbuhan kelas tambahan untuk tempoh 1 
     jam sebanyak RM20.00; iaitu satu kadar minima setimpal dengan usaha dan kelayakan guru-guru, lebih 
     rendah daripada kebanyakan sekolah lain.


"KITA ASYIK BERTANYA APAKAH SUMBANGAN KELAB KEPADA KITA, TANYALAH APAKAH SUMBANGAN YANG KITA BERI UNTUK  KELAB"


Ahad, Ogos 28, 2011

SELAMAT TINGGAL BULAN RAMADHAN - YANG DITANGISI SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA - YG DI RAI .....MARI KITA MENGHULUR SALAM , MEMOHON KEMAAFAN SESAMA INSAN..


SALAM....Bertemu kembali kita .Banyak cerita sedih ,pedih ,suka dan duka yang ingin di kongsi bersama...apapun , moga di penghujung Ramadhan ini menjadikan kita terus istiqamah dengan semangatnya ,dengan keazaman untuk menjadi insan kamil.... KITA LAYAN DULU VIDEO DAN GAMBAR AKTIVITI DI BULAN RAMADHAN INI...
Blog ini masih di dalam proses kemaskini...maklum blogger juga nak menghayati ramadhan al mubarak dan.....RAYYYYYAAAA...


 
 Alhamdulillah .....objektif  mengimarahkan  bulan Ramadhan  sepanjang 18 hari berpuasa waktu
bersekolah tercapai..Semoga apa yang kita usahakan  dikira ibadah di sisi Robbul Jalil....Juga apa yang kita hajatkan ...Moga di perkenankan .....AMIN...AMIN

 

 Mari kita saksikan antara aktiviti di sekolah sepanjang bulan Ramadhan ini...Kepada yang tiada tertera gambarnya....jangan bersedih...LA TAHZAN..


  
SEMOGA SUATU HARI NANTI AKAN LAHIR DARI KETURUNAN KITA ( MURID-MURID DAN GURU-GURU SK LKTP MEDOI )  INSAN -INSAN TERPILIH DAN HEBAT SEPERTI DI BAWAH....

JUGA MARI KITA SAKSIKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN YANG TELAH DIADAKAN PADA 26.08.2011 / 26 RAMADHAN 1432 H YANG LALU...
FOTO SEGMEN INI TELAH DI AMBIL OLEH PAPARAZI YANG AMMAT BERBAKAT...
(siapa lagi kalau bukan CIKGU ZULKAPLY )
  

Jumaat, Ogos 05, 2011

MAKLUMAN KEMASKINI DAN UP GRADE BLOG

KAMI BLOGGER BERUSAHA MENYAJIKAN HANYA YANG TERBAIK UNTUK PELAYAR SETIA BLOG INI..OLEH ITU SEKIRANYA TERDAPAT BEBERAPA KELEMAHAN DAN KETIDAK TENTUAN BLOG INI ADALAH DIRANCANG DAN KAMI MEMOHON RIBUAN AMPUN DAN MAAF....
AFWANA...SORRY..NGA PUR RO...DIL SE...DIL HE..DIL TO PAGAL HE....

Rabu, Ogos 03, 2011

PROGRAM IHYA' RAMADHAN SEKOLAH -nantikan keberkesanan dan kemeriahannya

2. Maksud firman Allah: Kemudian kamu (Bani Israil) membunuh dirimu (saudara sebangsa) dan mengusir segolongan dari kamu dari kampung halamannya, kamu bantu membantu terhadap mereka dengan membuat dosa dan permusuhan; tetapi jika datang kepadamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, padahal mengusir mereka itu (juga) terlarang bagimu. Apakah kamu beriman kepada sebahagian AlKitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat. (Al Baqarah:85)
3. Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas; dan tidak ada yang ingkar kepadanya melainkan orang-orang fasik. (Al Baqarah:99)
4. Maksud firman Allah: Orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. katakanlah: "sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Al Baqarah:120)
5. Maksud firman Allah: Dan takutlah kamu kepada suatu hari di waktu seseorang tidak dapat menggantikan seseorang yang lain sedikitpun dan tidak akan diterima suatu tebusan daripadanya dan tidak akan memberi manfa'at sesuatu syafa'at kepadanya dan tidak (pula) mereka akan ditolong. (Al Baqarah:123)
6. Maksud firman Allah: Dan apabila dikatakan kepada mereka:"Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak) tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". (Apakah mereka akan mengikuti juga,) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk. (Al Baqarah:170)
7. Maksud firman Allah: Hai, orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al Baqarah:208)

Isnin, Ogos 01, 2011

EDISI KHAS RAMADHAN...SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Edisi ini dipaparkan khas untuk pelayar setia blog sekolah...sokongan anda ,menyuntik semangat kami, semangat blogger, semangat RAMADHAN...


                                            CEMAS ???? ANDA CEMAS ??

BILA KALI TERAKHIR ANDA BERASA CEMAS ??? TENTU ADA SEBABNYA...RIBUT..PETIR..
KENDERAAN DI HEMPAP ZINK ...
ATAU APA SAJA SEBABNYA...
ATAU JUGA PADA RENUNGAN YANG MENDEBARKAN...ATAU PADA PAPARAZI...
PILIH  GAMBAR PALING CEMAS DI BAWAH....