Sabtu, Julai 09, 2011

RUANGAN BARU...VIDEO SEKOLAH

Seperti yang dijanjikan , kami blogger  sentiasa mencari idea baru utk menceriakan blog....kita lihat dan klik di sini....sila berikan komen anda...

ALBUM SEKOLAH 2......la plak

Atas permintaan dan pertanyaan ramai maka disiarkan album sekolah (part 2 )






Jumaat, Julai 08, 2011

TAZKIRAH SYAABAN.....

BERAPA KALI KITA BERSELAWAT HARI INI...
selain daripada  mengucapkannya didalam solat kita...

Fikirkanlah...........
MAKSUD SURAH AL AHZAB ayat 56:
sesungguhnta Allah dan para malaikat Nya berselawat ke atas Nabi.
Wahai ORANG YANG BERIMAN berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya...



Rabu, Julai 06, 2011

JOM TENGOK ALBUM SEKOLAH.......


Ruangan baru ini diharap dapat mengubat rindu ...menambah rindu...menghilang stress ...mai kita tengok sape yang glam disini....






Isnin, Julai 04, 2011

MEDOI....JUARA LAGI....


Murid Medoi telah ,mengungguli acara :  1-tahsin al-Quran  2-Hiwar B.Arab (perbualan )
Kejayaan tersebut telah dilakar dan dicipta pada :
Tarikh  : 03.07.2011
Majlis   : KEM BINA JUARA MURID J-QAF
Tempat  : SK DESA TEMU JODOH,CHAAH SEGAMAT
Keunggulan murid medoi telah menyebabkan beberapa hati  peserta terluka (kerana tak menang..)
Sebab Kejayaan  : Tentulah usaha  murid dan guru J-Qafnya...
Ucapan : TAHNIAH !!!ANDA MEMANG HEBAT....

Nama Guru J-QAF : 1-Pn Nor Azurawati   2-Pn Hasmizi
Nama Murid :
1-Nor Ain Balqia Bt Kalam ( kategori Tahsin )   2-Juhaidah Nadhira Bt Jasni ( Hiwar )
 

Ahad, Julai 03, 2011

TAK KENAL MAKA TAK CINTA...TAK TAU MAKSUD MAKA KURANG KHUSYUK...





(TEKS SURAH FATIHAH )
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

TUNGGU JANGAN TAK TUNGGU...BACA MESTI TERUS BACA...





Kami blogger bertungkus lumus utk memperi kepuasan dan ruangan baru yang
menarik..tertarik...ditarik....penarik...dan macam-macam Rik lai lah..
Ha..tengok C bidin dan C peah dah tak sabo nak tau...
TENGOK KAT MATA DIA...

1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia




Tarikh : 02 Julai 2011 ( Sabtu )
Masa  : 7.30 am
Tempat :Bermula di dataran SK LKTP Medoi Segamat
Acara  : Larian 1 Murid 1Sukan 1 Malaysia
Catatan :
1.Pelepas larian : YDP PIBG En Kalam B Hj Idris
2.Pelari :  Murid -murid dan guru-guru (yg masih slim cam saya..... )
3.Tak lari : pun ada juga...( cuma lumba jalan kaki....)
4.Nak lari : ada...(terutama murid yang XXXL )
5 .Fuh....Berpeluh juge kawe lari pagi tadi..Apapun mai kita saksikan gegambar yg menarik ni...

RUANGAN BARU



Nantikan beberapa ruangan baru yang lebih menarik ,ditarik,tertarik ...(bukan teh tarik ) pada paparan akan datang bermula bulan mulia Syaaban ini....TUNGGUUUU dan Baca tau...!
Tengok tuuu ..bebudak ni dan tak sabo-sabo nak tau ruangan baru tu...
TAK CAYA ?? SAKSIKAN  MUKA MURID-MURID ni...


Jumaat, Julai 01, 2011

TAZKIRAH lee sedikit.....

Dari At Tarmidzi meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w

"Manusia itu sentiasa menurut kelakuan temannya,maka hendaklan seseorang kamu memerhatikan siapa yang dia berkawan dengannya.."

Hadith Riwayat Al Bukhari dan Muslim :
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Perumpamaan teman yang soleh dan teman yang jahat ialah laksana pembawa wangi-wangian dan tukang besi........."

IKON MUDA PENGGAL KEDUA

Usaha yang dibuat oleh Panitia Pendidikan Islam serta unit disiplin sekolah terus menampakkan kemajuan yang memberangsangkan.Program Ikon Muda sekolah menampilkan dua tokoh pada kali ini.
Pemilihan ikon berdasarkan:
1.Prestasi Pelajaran.
2.Disiplin
3.Sahsiah diri
4.Ketrampilan diri...
Jadi kali ini dua tokoh telah dimasyhurkan pada Jumaat 29 Rejab 1432 H @ 01.07.2011


or" style="clear: both; text-align: center;">

Nantikan tayangan album Sekolah online....

Kami Blogger sekolah sedang menyiapkan tayangan tersebut..So kepada Guru -guru & juga C Bidin dan C Peah pelayar setia kami...nantikan kemunculannya..MANA LE TAU MUKA YG ENSEM DAN MULUS TU MASUK ON LINE...( GLAMER KAWAN PIAH Oiiii )

Rabu, Jun 29, 2011

Blogger Jemputan

Salam...selamat datang,ahlan,ahlan, ahlan wa marhaban kepada blogger jemputan..Ckg Saiful..Moga menceriakan blog sekolah hendaknya..
Ckg Saiful : Terima Kasih.. , Syukran.. ,arigato.. , xie xie...Thank You...
SILA BERI TUNJUK AJAR YE CKG DIN...

Appreantice Blogger

Salam...
saya blogger jemputan..
sila beri tunjuk ajar....

SUKANTARA SEKOLAH...yeee haaa...

SALAM..Alhamdulillah....
Setelah penat memerah minda dan berkongsi idea..akhirnya sukantara sekolah berlangsung dengan meriah dan terkawal.boleh tahan juga murid medoi ni..muncul beberapa bintang baru sekolah..(ni yang best...)
JANGAN LUPA SAKSIKAN PULA KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH PADA 09.07.2011 (SABTU )
Tabik spring dan ucapan JAYYID Kepada :
1- Iron Lady Pn Kamariah 2-D Best Big Brother Ckg Zulkaply
3- Unstopable Ckg Nordin 4- SEMUA GURU MEDOI YANG SPORTING & TERBAIK...
Acara ?? Loteh den nak cerita..kita saksikan gegambar ni..atau kita turun padang sekali ...OK??

Selasa, Jun 28, 2011

Sukan tahunan sekolah...yee haa..

Alhamdulillah...setelah penat memerah minda dan berkongsi idea akhirnya terlaksana sukantara sekolah...Temasya sukan pada 09.07.2011
pemain utama : 1-Iron Lady Pn kamariah 2-Big Brother Ckg Zulkaply
3-Unstopable Ckg Nordin 4-SEMUA CIKGU MEDOI YANG SPORTING & TERBAIK...
Acara ?? Fuh..letih den nak khabo..meh le turun padang sendiri,atau tengok je gambar-gambar ni...OK ??

Selasa, Jun 21, 2011

FATHER'S DAY SK MEDOI - ANTUM WALID JAYYID JIDDAN

How much cost that it takes to be a good dad.....?
How much love that it takes to be a loving  father...?
How much fun that we get to be a grateful father...?



..are you really a dad for your sons and your daughters ?

To all my fellow, happy dad's day....we are dad's for our pupils....