Selasa, Mei 17, 2011

SAMBUTAN HARI GURU SK MEDOI 2011 YANG MERIAH

"Apa Yang Penting ? Kerjasama.....!"
Dengan kata-kata hikmat di atas, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar w/pun pada hujung minggu sebelumnya warga SKLKTP Medoi berada di Tg Bidara & Pengkalan Balak, Melaka untuk menjayakan program Hari Keluarga SK Medoi 2011.
     Seawal 7.30 pagi, semua murid dan warga sekolah berkumpul di dewan sekolah bagi mengadakan majlis rasmi Sambutan Hari Guru Peringkat SK LKTP Medoi 2011. Tetamu undangan pada majlis tersebut ialah YDP &  NYDP PIBG SK LKTP Medoi, En. Kalam b. Hj Idris dan Kapt.(B) En. Mohd Nasir b. Hj Hitam. Majlis dimulai dengan bacaan doa, nyanyian lagu patriotik, ikrar dan ucapan-ucapan teks sambutan hari guru.
     Kemudian, Tn Hj. Sulaiman b Mod Kasmir,GPK 1 mengetuai bacaan ikrar hari guru. Kumpulan murid Tahun 6 juga membuat persembahan pantomen gelagat guru sekolah diikuti dengan persembahan sajak oleh Pn Rohudah Wan Omar serta persembahan bidan terjun Trio Bujang 3 SK Medoi iaitu En. Zulkaply, En. Nordin dan En. Saiful Bahar. Persembahan ini begitu mengujakan sehinggakan mendapat sokongan padu murid-murid dan warga sekolah yang lain.
     Selesai sahaja persembahan, YDP PIBG telah menyampaikan cenderamata PIBG kepada semua warga sekolah diikuti oleh penyampaian hadiah oleh murid-murid kepada guru-guru mereka. Tepat pada jam 9.30 pagi semua guru dan murid beredar ke kantin sekolah untuk menikmati jamuan yang ditaja oleh pengusaha kantin.
     Pada jam 10.00 pagi, sesi bergambar sesama warga sekolah dimulakan dan pelbagai gelagat guru telah dirakamkan. Sangat mengelikan hati apabila guru-guru lelaki sekolah memaparkan pelbagai gaya ala 60an.
     Selesai sahaja sesi 'berposing', guru-guru dan murid telah ke gelanggang permainan bola tampar,bola jaring dan pentaq untuk menonjolkan kehebatan masing-masing. Tidak kurang hebat juga apabila guru besar dan GPKs turut serta dalam aktiviti tersebut.
     Selepas murid pulang pada jam 12.30 tengah hari, semua warga sekolah telah menghadiri jamuan makan tengah hari bersama pentadbiran FELDA dan AJK PIBG di Anjung Ilmu SK Medoi. Tuan Pengurus Felda Medoi telah menghadiahkan sebiji kek istimewa sempena jamuan tersebut. Majlis diakhiri dengan pertukaran hadiah hari guru antara warga sekolah dan telah disempurnakan oleh tuan pengurus yang dikasihi.
     Semoga kenangan indah Sambutan Hari Guru 2011 menjadi pemangkin kecemerlangan sekolah tempat mencurah bakti kepada anak bangsa. Hidup SK Medoi!!!!
Ucapan YDP PIBG


kLON pANCA sITARA sKMEDOI

Ikrar Hari Guru

                                         Pantomen Gelagat Guru Garang ala Kalau Berpacaran

Goal Keeper - Cekap Tu!!!!!

Perlawanan Bola Tampar

Warga SK Medoi Bergaya


Hadiah daripada PIBG
Pertukaran Hadiah Guru - disampaikan oleh Tuan Pengurus Felda Medoi
Menunggu Majlis Bermula



 Teruna Hansem SK Medoi
Gelagat Jejaka Bujang Senang

Gaya Anak Dara & Mak Dara Berwawasan


Berbual Mesra Bersama AJK PIBG
Athlet Bola Tampar Campuran
Servis Maut by Zul


Rabu, Mei 11, 2011

Aktiviti Unit-Unit Beruniform SK LKTP Medoi - Penyediaan Makanan Ringkas

Hari ini 11 Mei 2011, bermula pada jam 12.45 tengah hari, Unit-unit Pakaian Beruniform SK LKTP Medoi telah menjalankan satu aktiviti Penyediaan Makanan Ringkas- Pelbagai Cita Rasa Sandwich.  Setelah  ahli-ahli dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan & penerangan ringkas disampaikan oleh para pemimpin unit, aaktiviti pun dimulakan di lokasi yang terpilih.
     Semua kumpulan telah bekerjasama membawa bahan dan peralatan bagi tujuan aktiviti tersebut. Di antara bahan-bahannya ialah sardin, roti, bawang besar, mayonis ,cili,limau kasturi, sos, majerin, salad dan lain-lain lagi. Mereka juga telah membawa minuman dan peralatan yang diperlukan termasuk surat khabar lama bagi mengelakkan kekotoran tempat penyediaan makanan tersebut.
      Akhir sekali, para pemimpin telah mengadili hasil persembahan makanan setiap kumpulan dan memberi penghargaan yang sewajarnya kepada ahlu-ahli yang terlibat. Selain membantu murid belajar menyediakan makanan sendiri, aktiviti ini juga telah menyemai kerjasama erat antara ahli di dalam kumpulan masing-masing. Hati senang, perut pun kenyang.



Jumaat, April 08, 2011

Pencarian Ikon Muda SK Medoi

Pemenang Anugerah Ikon Muda Tahap 2(P)
Nur Syafiqah bt. Saiful Azlin
Pemenang Anugerah Ikon Muda Tahap 2(L)
Mohd Izzat Azzri b. Masli

Unit Pendidikan Islam , Unit Disiplin dan Unit Pengawas SK Medoi telah bekerjasama untuk melaksanakan program Pencarian Ikon Muda SK Medoi 2011. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengalakkan murid-murid agar sentiasa berketrampilan tinggi sebagai model murid cemerlang sahsiah di sekolah ini. Anugerah ini telah disampaikan oleh Pn Norlis A.Rahman GB SK Medoi. Impak daripada aktiviti ini ialah, semua murid berlumba-lumba untuk terampil kemas dan segak. Selain itu aspek kemajuan pelajaran juga dititikberatkan ketika memilih calon yang layak.

Sabtu, April 02, 2011

Mengubah Wajah Bangunan Baru



Jika ada keinginan dan kesempatan, apa sahaja kerja pasti boleh dilakukan. Panitia Bahasa Inggeris SK LKTP Medoi telah mengorak langkah menceriakan kawasan tepian & bawah tangga sebagai sudut pembelajaran murid. Tidak ketinggalan juga Panitia Agama telah menampal bahan-bahan di sudut selekoh tangga dengan pelbagai maklumat pembelajaran. Ini semua bertujuan menarik minat murid untuk belajar secara tidak langsung sewaktu mereka melalui Laluan Ilmu tersebut. Tahniah Cikgu!

Isnin, Mac 28, 2011

Penyampaian Sijil & Hadiah Aktiviti di SK LKTP Medoi


Hadiah Kemajuan Headcount Pelajar



Sijil Penyertaan Bola Sepak MSSK Selatan

Persembahan Muzik & Lakonan oleh Cg Zul



Jumaat, Mac 25, 2011

SKFM FC Boleh!!

Pertandingan Bola sepak L12 MSSK Selatan di SK Tenang Stesen.

SK Medoi vs SK Bandar Putra : Seri 0-0
SK Medoi vs SK Melayu Raya : Menang 1-0



SKFM FC

Pasukan SKFM FC

Jurulatih berbincang strategi pasukan

Pasukan SKFM FC vs SK Melayu Raya
Danish - penjaring gol tunggal pasukan SKFM FC


Rabu, Mac 16, 2011

Pasukan Bola Sepak SKFM FC 2011 & Perlawanan Persahabatan


Jurulatih & pemain simpanan SKKJ

Perlawanan SKKJ - SKFM
SKFM vs SKKJA : 0-1
SKFM vs SKKJB : 0-4
SKFM vs SKKJC : 0-2

Para penonton/penyokong
Para pemain bergambar SKFM FC & SKKJ FC


Latihan Kecergasan


Tendangan Penalti


Teknik Menanduk Bola Ke Sasaran


Latihan kelecek berhalangan


Latihan lontaran bola ke dalam padang


Latihan kawalan bola menggunakan sebelah dalam kaki


Perlawanan Persahabatan - Team XSKFM vs SKFMFC : 2-1


Para pemain jemputan


SKFM FC


Jurulatih Jemputan Memerhati Perlawanan Persahabatan

Selama 3 hari (Ahad, Selasa dan Rabu) Klinik Bola Sepak dijalankan di padang sekolah Kebangsaan Felda Medoi dari jam 8.00 -10.00 pagi dan dari jam 5.15-6.30 ptg. Pencarian bakat-bakat cilik daripada sejumlah murid yang saiznya memang kecil akhirnya mencapai sasarannya. Seramai 7 orang pemain utama dan 3 orang pemain simpanan telah memberi nafas kepada jurulatih bola sepak untuk menghantar penyertaan ke Pertandingan Bola sepak MSSK Selatan pada 24 Mac 2011 di SK Tenang Stesen. Klinik bola sepak pada kali ini diakhiri dengan pertandingan persahabatan menentang bekas pelajar SK Medoi (Tkn 1 @ 2) dan berkesudahan dengan tewas 2-1. Pasukan cilik lebih dahulu menjaringkan gol pada separuh masa pertama (minit ke-2).

En. Parmin sebagai jurulatih jemputan berpuashati dengan corak pemainan yang ditonjolkan oleh pemain cilik. Apa yang menjadi halangan pasukan cilik ini ialah dari segi saiz badan yang menyukarkan mereka mengatasi kepantasan pemain lebih tinggi dan besar.
Semua peserta kursus,pemain jemputan dan para jurulatih telah dihidangkan jamuan petang sebagai penutup klinik bola sepak sesi 2011. Para peserta akan diberikan sijil penyertaan pada sesi persekolahan yang akan dibuka pada minggu hadapan.

Isnin, Mac 14, 2011

Mesyuarat Agung PIBG SK LKTP Medoi Ke-11/2011


Menanti Cabutan Buku Program Bertuah


Ketua Kampung sedang memikirkan masalah anak-anak buahnya.



YDP PIBG sedang memberi respon kepada ahli-ahli yang hadir.



Dif-dif Jemputan Mendengar Ucapan




Para VIP mendengar Ucapan Perasmian oleh Wakil YB Datuk Hj Baharum b. Hj Mohamed

Persiapan rapi bagi menyambut Ahli Parlimen Sekijang, YB Datuk Hj Baharum b. Hj Mohamed untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK LKTP Medoi tidak kesampaian apabila beliau bergegas ke Pahang untuk kempen pilihan raya kecil DUN Kerdau. Ketibaan wakil rasminya telah disambut dengan paluan kompang,bunga telur dan bunga manggar serta iringan muzik latar gamelan.
Ramai ibu bapa yang datang bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli PIBG demi kepentingan anak-anak mereka. Banyak usul telah dibincangkan dan sebahagiannya telah diterima untuk direalisasikan.

Ahad, Februari 27, 2011

AKTIVITI PERTANDINGAN SEMPENA MAULIDUR RASUL 2011






IBU BAPA DAN MURID TAHUN 6 MENDENGAR CERAMAH MOTIVASI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL OLEH PENCERAMAH UITM, JOHOR.